Berita Harian

Pelari SK Gadong Jaya sedia bersaing

Murid berbakat dalam larian jarak jauh dikumpulka­n, sertai pertanding­an besar

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Ketua Jurulatihn­ya, Encik Zamani Izwan Ab Majid, berkata projek khas itu memberi peluang kepada murid yang tidak mendapat tempat dalam pasukan sekolah menerusi sukan utama, namun berpotensi dalam sukan merentas desa.

Katanya, projek terbabit diwujudkan pada tahun lalu dan ahlinya sudah menyertai pelbagai kejohanan yang diadakan.

“Tahun ini atlet dari projek khas ini sudah me nyertai empat kejohanan besar antaranya Terbuka Antarabang­sa Zaaba, Matrix Harmony, Terbuka Klawang dan Cyberjaya SSP (Sekolah Seri Puteri) Golden Run, selain kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan dan Malaysia.

“Pencapaian paling membanggak­an ialah apabila atlet kita muncul johan perempuan dan naib johan lelaki terbuka Zaaba yang diadakan di Kuala Pilah pada Februari lalu, katanya.” daripada pihak sekolah, selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Gadong Jaya yang komited memberii sokongan serta galakan.

“Sebaik berjaya dipilih, mereka perlu menjalani latihan pada setiap pagi dari hari Rabu hingga Sabtu dan pada cuti panjang persekolah­an.

“Latihan berterusan ini penting bagi memastikan atlet mengekalka­n prestasi dan sekali gus dapat memantapka­n aksi pada setiap penyertaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Encik Zamani Izwan berkata, selain latihan di sekolah yang dibimbing dua orang guru, mereka turut menyertai klinik larian di Bukit Puchong dikendalik­an oleh Karen Siah yang juga atlet triatlon negara.

 ??  ?? Atlet Projek Khas SK Gadong Jaya bersama-sama hadiah kemenangan selepas menyertai pertanding­an di Sepang, baru-baru ini.
Atlet Projek Khas SK Gadong Jaya bersama-sama hadiah kemenangan selepas menyertai pertanding­an di Sepang, baru-baru ini.
 ??  ?? Atlet Projek Khas SK Gadong Jaya bersedia untuk meraih pencapaian cemerlang dalam sukan merentas desa.
Atlet Projek Khas SK Gadong Jaya bersedia untuk meraih pencapaian cemerlang dalam sukan merentas desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia