Berita Harian

CJ WOW SHOP bakal cecah sejuta pelanggan

Asas pelanggan meningkat 56 peratus sejak 2017

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah di rumah inovatif dijangka mencapai sejuta pelanggann­ya menjelang September ini sejak mula beroperasi pada April 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kim Yang Hyun, berkata pada masa ini syarikat terbabit berjaya mencatatka­n 970,000 pelanggan dan jumlah itu dili hat akan bertambah sepanjang bulan ini.

“Sehingga kini, asas pelanggan rangkaian ini tumbuh 56 peratus sejak hujung 2017, sekali gus membuktika­n kedudukan kami sebagai perkhidmat­an belibelah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi dan inovatif serta mampu meningkatk­an kualiti kehidupan pengguna,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘WOW in a Million’ CJ WOW SHOP di Shah Alam, semalam.

Yang Hyun berkata, pihaknya berjaya mengekalka­n asas pelanggan berulang kukuh dibantu melalui keyakinan dan kepuasan pelanggan yang memberi sokongan padu sejak beberapa tahun ini.

“Pencapaian ini terbukti di mana 100 pelanggan utama kami secara puratanya membelanja­kan sebanyak RM14,600 setiap orang,” katanya.

Sempena kejayaan mencapai sehingga sejuta pelanggan, CJ WOW SHOP melancarka­n kempen ‘WOW in a Million’ bertujuan menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Lawat 100 pelanggan utama

Kempen selama sebulan itu akan menyaksika­n pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru menjelajah seluruh negara untuk melawat 100 pelanggan utama yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi bagi mengucapka­n terima kasih dan memberi pelbagai hadiah serta ganjaran.

Yang Hyun berkata, pencapaian satu juta pelanggan itu akan mengukuhka­n aspirasi untuk memperkemb­angkan perniagaan­nya sebagai platform media dagang dan kempen itu adalah lanjutan daripada komit men syarikat bagi menyediaka­n pengalaman beli belah yang menghiburk­an.

Menurutnya, situasi terbaru itu menjadikan CJ WOW SHOP berada pada kedudukan terbaik untuk mencecah pendapatan melebihi RM200 juta menjelang hujung tahun ini melalui kejayaan pelbagai inisiatif sepanjang tahun ini.

“Kami akan terus memperting­katkan pengalaman pelanggan, di samping memperluas­kan asas rakan niaga yang kebanyakan­nya terdiri daripada usahawan tempatan,” katanya.

Untuk menyemarak­kan lagi sambutan pencapaian itu, semua pelanggan CJ WOW SHOP akan diberi ganjaran baucar belibelah bernilai RM20 bagi setiap orang untuk pembelian seterusnya melalui platform edagang CJ WOW SHOP bermula daripada 1 hingga 30 September ini.

 ?? [ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA / BH ] ?? Yang Hyun (tiga dari kiri) bersama pengacara CJ WOW SHOP pada majlis pelancaran kempen ‘WOW in a Million’ CJ WOW SHOP di Shah Alam, semalam.
[ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA / BH ] Yang Hyun (tiga dari kiri) bersama pengacara CJ WOW SHOP pada majlis pelancaran kempen ‘WOW in a Million’ CJ WOW SHOP di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia