Berita Harian

Nestle catat untung bersih lebih tinggi

-

Jualan perayaan, produk baharu dan promosi perdaganga­n menyumbang kenaikan 2.9 peratus dalam keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd pada suku kedua (S2) berakhir 30 Jun 2018, kepada RM166.16 juta berbanding RM161.43 juta pada suku sama sebelumnya.

Hasil meningkat 2.0 peratus kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.28 bilion yang direkodkan pada suku sama, tahun lalu.

“Peningkata­n perolehan terbabit didorong, terutama oleh pelancaran produk baharu serta promosi perdaganga­n dan pengguna yang kukuh. Selain itu, peningkata­n jualan ketika musim perayaan hari raya Jun lalu, menyumbang kepada pertumbuha­n positif,” kata Nestle dalam satu kenyataan, semalam.

Mula operasi NDC baharu

Dalam suku dikaji, Nestle turut memulakan operasi pusat pengedaran nasional (NDC) baharunya dan ini membawa kepada perubahan jualan daripada Jun (S2) kepada Julai (S3) disebabkan operasi dan keperluan yang dirancang di pusat terbabit, yang akan menyokong pertumbuha­n kukuh pada masa depan.

Bagi tempoh separuh pertama 2018, untung bersih Nestle meningkat kepada RM397.37 juta berbanding RM392.12 pada tempoh sama 2017, manakala hasil naik kepada RM2.73 bilion daripada RM2.65 bilion.

Mengenai prospek masa depan, Nestle berkata, ia terus komited kepada strategi jangka panjang menjana pertumbuha­n menerusi pemacu inovatifny­a dengan meningkatk­an portfolio jenamanya yang kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia