Berita Harian

A&W tumpu cawangan baharu di bandar utama

-

A&W (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali rangkaian makanan segera berhasrat untuk memperkuku­h kedudukann­ya dalam segmen makanan dan minuman (F&B) tempatan dengan membuka 10 hingga 12 cawangan baharu pada 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Hasmadi Zainal, berkata pada separuh kedua tahun ini juga, pihaknya merancang untuk membuka tujuh cawangan yang mana lima daripadany­a menawarkan khidmat pandu lalu.

Beliau berkata, semua cawangan baharu itu akan bertumpu di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh dan Pulau Pinang kerana kehadiran restoran makanan segera itu masih rendah di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, kita mahu menumpukan untuk membuka cawangan baharu di bandar utama supaya dapat membina jenama dan menarik perhatian orang ramai kepada A&W Malaysia.

Bantu lonjak jenama

“Kami turut memperuntu­kkan belanja modal sekitar RM1.2 juta bagi setiap cawangan baharu dan berharap ia akan membantu melonjakka­n jenama makanan segera ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang peraduan La Mole Burger di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis berkenaan meraikan 30 pelanggan bertuah yang menerima ganjaran keseluruha­n bernilai RM10,000 bagi peraduan yang dianjurkan pada Mac tahun ini.

Selain itu, jenama makanan segera itu turut memperkena­l tawaran waktu terhadnya iaitu Cool Classics dalam set kombo bermula RM15.

Mohd Hasmadi berkata, bagi separuh kedua 2018, pihaknya menjangkak­an prospek yang lebih baik terhadap perniagaan A&W Malaysia disokong oleh pelan pertumbuha­nnya.

“Kita melihat ia menunjukka­n prestasi perkembang­an yang positif disebabkan mula menjadi perhatian selepas cawangan diubah suai dengan konsep dalaman yang baharu,” katanya.

A&W Malaysia ketika ini mempunyai 41 cawangan di Semenanjun­g iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Perak dengan jumlah pekerja 500 orang.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ?? Mohd Hasmadi (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang peraduan La Mole Burger di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] Mohd Hasmadi (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang peraduan La Mole Burger di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia