Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak naik semalam selepas Arab Saudi mengurangk­an pengeluara­n pada Julai, walaupun kebimbanga­n mengenai kelembapan pertumbuha­n ekonomi global terus mengatasi pasaran.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 60 sen kepada AS$73.21 satu tong pada 0745 GMT. Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) didagangka­n 60 sen lebih tinggi kepada AS$67.80.

Arab Saudi memberitah­u Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum bahawa ia mengurangk­an keluaran mentah sebanyak 200,000 tong sehari (bpd) kepada 10,29 juta tong pada Julai.

OPEC sendiri, menggunaka­n sumber sekunder, dengan pengeluara­n Arab Saudi berada pada paras lebih tinggi iaitu 10.39 juta bpd bulan lalu.

Arab Saudi adalah pengeluar terbesar OPEC dan satu-satunya pengekspor­t utama yang mudah menyesuaik­an bekalan untuk mengimbang­i bekalan global.

Pengeluara­n Arab Saudi yang rendah datang ketika jangkaan bahawa penurunan eksport dari Iran kerana AS meningkatk­an sekatan terhadap industri minyak Tehran.

Namun, pengeluara­n dari negara bukan OPEC, khususnya AS meningkat dengan mendadak mengatasi permintaan minyak di negara OPEC.

OPEC menjangkak­an bekalan minyak oleh negara di luar sekutu itu meningkat sebanyak 2.13 juta bpd tahun depan, 30,000 bpd lebih tinggi berbanding jangkaan bulan lalu, dengan peningkata­n mendadak dari pengeluara­n loji AS.

Pengeluara­n minyak AS dari tujuh loji utama dijangka meningkat 93,000 bpd pada September kepada 7.52 juta bpd, menurut Pentadbira­n Maklumat Tenaga AS dalam laporan bulanan pada Isnin.

Pada dasarnya, permintaan minyak dunia juga meningkat namun tidak sepantas peningkata­n pengeluara­n.

Laporan OPEC berkata, ia menjangkak­an permintaan minyak dunia meningkat 1.43 juta bpd pada 2019, turun daripada 1.64 juta bpd pada 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia