Berita Harian

Suasana pasaran positif

Indeks naik 0.44 mata mengukuh kepada 1,783.78

-

Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit semalam mendapat rangsangan daripada belian dalam saham mewah terpilih, selepas mengalami tekanan jualan pada Isnin.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh kepada 1,783.78, naik 0.44 mata atau 0.025 peratus berbanding paras penutup 1,783.34 pada Isnin.

Indeks itu dibuka rendah turun 3.55 mata kepada 1,779.79 dan bergerak antara paras 1,778.20 dan 1,788.34 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 520 berbanding 374 manakala 420 tidak berubah, 569 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.31 bilion unit bernilai RM2.47 bilion, daripada 2.06 bilion unit bernilai RM2.21 bilion, yang diurus niaga pada Isnin.

Ketua Pegawai Urusan M&A Securities Sdn Bhd, R Sundararaj­ah, berkata indeks itu ditutup positif dalam keadaan prestasi bercampur-campur bursa serantau apabila pasaran berjaya menangani jualan panik ekoran kebimbanga­n geopolitik di Turki yang bermula minggu lalu.

“Penularan daripada krisis ekonomi di Turki masih terkawal di pasaran maju dan kita menjangkak­an perkembang­an lebih positif tidak lama lagi dengan harapan indeks itu akan bergerak semula ke parasnya sebelum ini pada 1,800,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut lapan sen kepada RM9.80, Public Bank meningkat dua sen kepada RM24.40, Tenaga naik 10 sen kepada RM15.66 dan Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM9.10.

CIMB turun empat sen kepada RM5.85 dan IHH susut empat sen kepada RM5.41.

Dalam kalangan saham cergas, Frontken dan Sapura Energy meningkat satu sen setiap satu masing-masing kepada 75 sen dan 59 sen, manakala Foundpac menambah dua sen kepada 44.5 sen.

Bagi kaunter untung utama, BAT naik 98 sen kepada RM35.76, Vitrox meningkat 32 sen kepada RM7.65 dan Dufu menokok 22 sen kepada RM1.95.

Indeks FBM Emas meningkat 13.93 mata kepada 12,628.77, Indeks FBM Emas Shariah naik 29.79 mata kepada 12,787.40 dan Indeks FBM Ace menambah 73.18 mata kepada 5,537.66.

Indeks FBMT 100 meningkat 8.14 mata kepada 12,400.49 dan FBM 70 naik 28.99 mata kepada 15,430.58.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 56.35 mata kepada 17,441.77 dan Indeks Perusahaan berkuranga­n 8.16 mata kepada 3,234.51 tetapi Indeks Perladanga­n naik 32.03 mata kepada 7,642.40.

Jumlah dagangan pasaran Utama meningkat kepada 1.64 bilion saham bernilai RM2.30 bilion, daripada 1.25 bilion saham bernilai RM1.95 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 370.14 juta unit bernilai RM86.76 juta daripada 532.69 juta unit bernilai RM170.75 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 327.43 juta saham bernilai RM84.02 juta berbanding 283.87 juta saham bernilai RM87.20 juta.

Barangan pengguna menyumbang 95.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (323.78 juta), pembinaan (163.31 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (479.66 juta), teknologi (300.98 juta), prasarana (18.71 juta), SPAC (33,000), kewangan (45.02 juta), hotel (112,300), hartanah (149.99 juta), perladanga­n (31.34 juta), perlombong­an (69,900), REITS (6.55 juta), dan dana tertutup (4,600).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia