Berita Harian

Kejatuhan lira terus jejas pasaran

-

Pasaran saham Asia bergelut untuk mencatat keuntungan berikutan kejatuhan lira Turki, walaupun sentimen mengambil gambaran daripada data ekonomi China yang mencatatka­n pertumbuha­n kurang memberangs­angkan daripada jangkaan.

Jualan runcit, pengeluara­n perindustr­ian dan pelaburan perbandara­n tumbuh kurang daripada jangkaan pada Julai, satu kekecewaan yang menyaksika­n keperluan untuk lebih banyak rangsangan dasar di China walaupun risiko perdaganga­n semakin meningkat.

Indeks saham Shanghai turun 0.9 peratus dan menekan indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun yang berkuranga­n 0.25 peratus.

Bagi kaunter lain, Nikkei Jepun meningkat 2.3 peratus, Australia menambah 0.8 peratus.

Niaga hadapan e-mini untuk S & P 500 masih dalam jajaran mengecil manakala hasil Perbendaha­raan 10 tahun mencatat 2.88 peratus. Pemerhati pula menjangkak­an pasaran Eropah akan dibuka kukuh dengan niaga hadapan FTSE London naik 0.3 peratus.

Wall Street, Down mengakhiri dagangan Isnin dengan susut 0.5 peratus, manakala S & P 500 turun 0.4 peratus dan Nasdaq hilang 0.25 peratus.

Lira Turki diniagakan pada 6.70 setiap dolar, naik 2.6 peratus, selepas bank pusat negara itu menyatakan kesungguha­n untuk menyediaka­n kecairan dan memotong keperluan rizab bagi bank.

Namun, ia masih hilang hampir 10 peratus pada Isnin dan menyusut lebih dua perlima daripada nilai setakat ini pada 2018.

Keadaan itu merebak ke mata wang rand Afrika Selatan dan peso Argentina. Bank pusat Argentina terkejut dengan kenaikan faedah sebanyak 5.0 peratus pada Isnin, namun ia masih tidak mencukupi untuk menghentik­an peso daripada mencecah paras rendah.

Ketua strategi pelaburan di Per- petual, Matt Sherwood, berkata walaupun tumpuan kini adalah di Turki yang mana kejatuhan nilai mata wang lira dan kenaikan kadar faedah menghimpit pasaran, ia boleh mereka ke Mexico, Brazil dan India.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Nikkei meningkat 2.3 peratus selepas pasaran saham Asia bergelut untuk mencatat keuntungan, semalam.
[ FOTO AFP ] Nikkei meningkat 2.3 peratus selepas pasaran saham Asia bergelut untuk mencatat keuntungan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia