Berita Harian

Pelajar luar bandar mampu cemerlang

Seminar Didik Rakyat PT3 YBR-BH bantu tingkat pencapaian

- Oleh Nor Raidah Awang cnews.nstp.com.my Batu Kurau

Walaupun berhadapan dengan kekurangan dari segi kemudahan pendidikan dan prasarana, ia bukan halangan bagi pelajar di kawasan luar bandar mencapai kecemerlan­gan dalam bidang pendidikan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Perak, Mohd Sabri Md Daud, berkata dedikasi guru, komitmen pelajar serta sokongan ibu bapa akan dapat membantu pelajar luar bandar bersaing untuk mencapai keputusan terbaik dalam akademik.

Katanya, sebagai contoh, penganjura­n Seminar Didik Rakyat Yayasan Bank Rakyat (YBR)-BH dapat membantu meningkatk­an pencapaian pelajar. “Melalui seminar ini membolehka­n pelajar lebih memahami sesuatu topik yang disampaika­n guru cemerlang yang pakar dalam subjek masing-masing.

“Jika setiap pelajar memanfaatk­an apa yang diajarkan oleh penceramah dengan baik, prestasi mereka tidak mustahil dapat ditingkatk­an seterusnya mencapai kecemerlan­gan.

“Justeru, program seminar seumpamany­a dapat meningkatk­an pencapaian akademik pelajar khususnya di daerah ini,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Seminar Didik Rakyat PT3 2018 YBR-BH di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Sajak, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang, Selama, Khairul Azhari Hassan Basri.

Berkongsi ilmu

Sementara itu, pelajar SMK Kubu Gajah, Muhamad Irsyad Adnan 15, berkata seminar berkenaan membantuny­a dan peserta lain mendapat panduan untuk menjawab peperiksaa­n dengan berkesan.

“Saya belajar pelbagai teknik untuk menjawab soalan dan mendapat markah tertinggi serta berupaya mengelak kehilangan markah bagi soalan yang sukar.

“Saya berharap seminar anjuran YBR-BH ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih banyak ilmu dapat dikongsi agar kami dapat meraih keputusan cemerlang,” katanya.

Seorang lagi pelajar SMK Jelai, Nurul Ain Alang Muhammad, 15, berkata, ini kali pertama dia menyertai program sebegini.

“Alhamdulil­ah, program ini memberi manfaat kepada saya...banyak formula dan teknik baharu yang saya pelajari bagi memudahkan saya untuk menjawab PT3 nanti,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Mohd Sabri bergambar bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat PT3 YBR-BH di SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Mohd Sabri bergambar bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat PT3 YBR-BH di SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia