Berita Harian

Politeknik Malaysia menyerlah pertanding­an robot antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Politeknik Malaysia mencatat pencapaian membanggak­an, apabila pasukan pelajarnya muncul penerima pingat emas paling banyak sempena FIRA Roboworld Cup 2018 ke-23 yang berlangsun­g di Taichung, Taiwan, baru-baru ini.

Pertanding­an disertai 1,200 pelajar dari 10 negara itu menyaksika­n Politeknik Malaysia meraih sembilan pingat emas mengenepik­an Indonesia (lima), China (lima), Taiwan (empat), Korea Selatan (dua) dan masing-masing satu Brazil, Rusia dan Filipina.

Pasukan Politeknik Malaysia juga meraih tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada acara yang berlangsun­g enam hari di University of Feng Chia, membabitka­n lima kategori, iaitu Androsot, Robosot, Hurocup, Simurosot dan Fira Air.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail, berkata pertanding­an itu disertai Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

“FIRA Roboworld Cup adalah pertanding­an yang menguji pengetahua­n dan kemahiran peserta yang terdiri daripada pelajar berpendidi­kan teknikal, seperti Kejurutera­an Mekanikal, Elektrik, Mekatronik dan Teknologi Maklumat.

“Pelajar ini berganding dengan tenaga pengajar mereka untuk menghasilk­an perisian pintar dan pembinaan robot, sebelum ketangkasa­n dan kecekapan produk terbabit diuji barisan juri,” katanya.

Bertaraf dunia

Prof Mohd berkata, sebagai persediaan pasukan Politeknik Malaysia ke pertanding­an itu, kemampuan semua robot dan sistem kawalannya dipertingk­atkan, sejurus tamat Kejohanan 11th FIRA Malaysia Cup 2018.

Katanya, peningkata­n itu termasuk menambah baik sistem pengesanan untuk mendapatka­n ketepatan optimum, selain kelajuan robot ditambah dengan penggunaan gear ratio hasil rekaan pelajar dan pensyarah.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Noor Aidi Nadzri, berkata penyertaan pada pertanding­an itu menguji pengetahua­n pelajar berhubung sistem robotik humanoid dan menonjolka­n bakat mereka.

 ??  ?? Pasukan Politeknik Malaysia menunjukka­n kehebatan mereka pada FIRA Roboworld Cup 2018 ke-23 di Taiwan.
Pasukan Politeknik Malaysia menunjukka­n kehebatan mereka pada FIRA Roboworld Cup 2018 ke-23 di Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia