Berita Harian

CAPAI IMPIAN

Harith Iskander buka gelanggang semarak dunia komedi

- Oleh Hanisah Selamat

Pembukaan The Joke Factory dianggap membuka lembaran baharu dalam hidup Harith Iskander.

Sudah dua tahun niat menubuhkan gelanggang bagi menyemarak arena pelawak tunggal atau stand-up comedy di Malaysia, dipendam dan akhirnya projek itu direalisas­ikan.

Melihat premis hiburan berkonsepk­an ruang persembaha­n dan kafe keluarga di pusat beli-belah, Publika di ibu negara, dibanjiri orang ramai sejak 3 Ogos lalu, cukup membuatkan dirinya sebak.

Pemegang gelaran Manusia Paling Lucu di Dunia pada pertanding­an antarabang­sa, dua tahun lalu itu yakin usahanya berbaloi. Gelanggang dibuka Harith bukan hanya memberi ruang kepada bakat tempatan menonjolka­n kreativiti, malah pengunjung disajikan hiburan berkualiti.

Harith berkata, idea menubuhkan medan perhimpuna­n pelawak tunggal dan hab pendidikan itu tercetus sekembali dari Finland sebaik pertanding­an World’s Funniest Person, berakhir.

Segala perancanga­n diatur sebaik mungkin bagi memastikan misi itu dilaksanak­an seperti dibayangka­n, sekali gus menepati matlamat asal.

“Selepas pertanding­an itu, saya diundang ke sana sini untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Pada masa sama, saya tetap meninjau bidang pelawak tunggal di Malaysia yang disertai ramai individu berbakat.

“Ramai yang berpotensi diketengah­kan. Malah, saya percaya, banyak ruang untuk saya berkongsi kemahiran kepada umum termasuk penggiat lain, anggota korporat hingga kanak-kanak.

“Jadi kenapa tidak saya luaskan ruang itu melalui penubuhan The Joke Factory yang menjadi hab kepada lawak tunggal, sekali gus menyemarak­kan lagi industri ini,” katanya.

Bina keyakinan kanak-kanak

Dibantu isteri tercinta, Dr Jezamine Lim, terutama dari segi pengurusan premis, Harith memberitah­u, sesi perkongsia­n ilmu dibuat sama ada secara berkumpula­n atau bimbingan peribadi.

“Banyak agenda dalam perancanga­n kami. Namun, menjadikan The Joke Factory sebagai pusat sehenti pendidikan sama pentingnya dengan usaha merealisas­ikan kemudahan itu sebagai gelanggang hiburan lawak tunggal utama.

“Saya bukan hanya mengajar menjadi pelawak yang bagus, sebaliknya konsep bimbingan turut disesuaika­n dengan kanak-kanak dalam membina keyakinan diri, bimbingan ketrampila­n dan personalit­i dalam kalangan ahli korporat,” katanya.

Selain itu, Harith juga mahu berkongsi ilmu dan pengalaman bersama penggiat lawak tunggal menerusi penganjura­n kelas atau bengkel komedi.

“Jika diikutkan, banyak aktiviti lain dalam perancanga­n. Malah, andai melihat jadual persembaha­n

 ??  ??
 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] ??
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ]
 ??  ?? Harith Iskander melancarka­n komedi 'Joke Factory' di Publika. sebuah restoran berkonsepk­an kelab
Harith Iskander melancarka­n komedi 'Joke Factory' di Publika. sebuah restoran berkonsepk­an kelab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia