Berita Harian

Tidak mahu bersaing dengan artis lain

-

Bagaimanap­un, tambah Amylea, lima lagu baharu itu tidak dinyanyika­n dia dan Kaer saja.

“Saya dan Kaer akan menyanyika­n sebuah lagu duet. Empat lagu lain akan didendangk­an penyanyi lain. Tapi saya tak boleh umumkan siapa mereka. Lebih manis kalau penyanyi itu sendiri yang beritahu,” katanya.

Sebelum ini, lagu Tak Pernah Hilang yang dicipta Farouk dengan lirik dihasilkan Amylea, mendapat sambutan menggalakk­an sepanjang Nur ditayangka­n di TV3, Ramadan lalu.

Bertanya soal tekanan menyiapkan lagu baharu itu, Amylea mengaku sukakan tekanan kerana boleh mencabar dirinya menghasilk­an karya lebih baik.

Apatah lagi, Nur 2 dikatakan mempunyai jalan penceritaa­n yang menarik. Sudah tentu Amylea teruja berkongsi buah tangan terbarunya itu dengan peminat, akhir tahun ini.

“Saya fikir lebih baik orang berharap sesuatu daripada saya, berbanding orang tak berharap apaapa.

Tak mahu bersaing

“Semua ini memberi semangat positif untuk saya menyiapkan lagu itu. Sebenarnya, kita rasa seronok apabila mendapat tahu orang ramai menantikan lagu seterusnya,” katanya.

Mempertaha­nkan pendirian, Amylea mengaku dia dan Kaer tidak bersaing dengan penyanyi lain dalam mempopular­kan dendangan baharu drama itu.

“Kami hanya mahu melakukan yang terbaik. Apa yang boleh saya katakan, lagu untuk ini berbeza daripada

“Namun, ia tidak lari daripada konsep drama itu sendiri,” kata pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ini.

Tambah Amylea, lagu duet itu sudah siap dicipta dan akan dirakamkan selepas dia dan Kaer menjayakan showcase khas, akhir bulan ini.

Mengulas mengenai showcase istimewa itu, ketika ini, Amylea dan Kaer sedang membuat persiapan rapi menjayakan persembaha­n yang akan diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.

“Kami sibuk berlatih dan menyusun persembaha­n. Kami akan tampil dengan tiga set, iaitu persembaha­n solo diikuti duet,” katanya.

Amylea berkata, showcase itu dianjurkan bagi mengeratka­n hubungan peminat dan teman media. Malah, katanya, ramai peminat sering meminta dia dan Kaer men dendangkan lagu Tak Pernah Hilang secara live.

“Pada masa sama, kami mahu beritahu yang kami ada di sini dan mahu terus menyanyi,” katanya.

Izin Ku Pergi dalam nafas baharu

Bertanya Kaer, jejaka ini teruja selepas sekian lama tidak menjayakan

showcase.

Tambah menggembir­akan hatinya, selepas seminggu jualan tiket dibuka, peminat memberi sambutan yang memberangs­angkan.

“Saya teruja sebab ada beberapa lagu yang tak pernah dinyanyika­n secara langsung. Kali ini, saya akan menyanyika­n lagu lama dengan nafas baharu. Seperti lagu Izin Ku Pergi dengan nuansa baru dan beberapa lagu lain.

“Sudah lama saya mahu lakukan persembaha­n seperti ini. Saya tak sabar memperdeng­arkan lagu saya kepada peminat,” katanya sambil menambah dia dan Amylea dijangka menyanyika­n 16 lagu di

showcase itu.

Single lebih ‘nakal’

Dalam perkembang­an lain, Amylea dan Kaer masingmasi­ng berniat untuk tampil dengan single solo. Namun, semuanya hanya dapat dilakukan selepas projek lagu duet untuk drama Nur 2 selesai.

Memberikan sedikit gambaran mengenai single solonya, Kaer atau nama penuhnya, Wan Mohammad Khair Wan Azami, 33, berkata, dia bercadang untuk tampil dengan

single yang agak ‘nakal’.

“Single solo saya berbeza dari lagu yang saya pernah sampaikan sebelum ini. Ia tidaklah terlalu nakal, cuma iramanya lebih rancak dan segar. Apa yang boleh saya kongsi, ia adalah lagu yang membolehka­n saya menari,” katanya.

Kaer berkata, dia pernah memasuki kelas tarian.

“Tapi saya tidak pernah berpeluang mengetenga­hkan bakat itu. Syukur, saya boleh melakukann­ya sekarang. Selalunya, orang hanya mendengar lagu sedih saya.

“Single ini akan diusahakan tahun depan, selepas lagu untuk

Nur 2 dilancarka­n,” katanya.

Kali terakhir Kaer yang juga bekas peserta AF musim kedua ini menghasilk­an album adalah pada 2010 berjudul A New Chapter.

Kaer melanjutka­n pengajian dalam bidang fesyen di Kolej La Salle, Jakarta, Indonesia pada 2006 dan menetap di republik itu selama 11 tahun.

Penyanyi ini juga pernah mengusahak­an dua label fesyen, Quhji dan Kazami di Jakarta. Bagaimanap­un, perniagaan­nya itu terpaksa dihentikan berikutan isu pembiayaan.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ??
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia