Berita Harian

Henti jadi pencari jodoh

Alvin Chong rimas peminat fanatik atur hubungan peribadi dengan artis lain

- Oleh Farhana Ab Rahman

Berbekalka­n pakej wajah tampan dan penguasaan bahasa Melayu yang baik, ‘saham’ pelakon, Alvin Chong, melonjak, akhirakhir ini.

Mengapa tidak, jarang ditemui artis bukan Melayu menguasai gelanggang apatah lagi bakat baharu seperti dirinya.

Andai Keith Foo pernah mencipta populariti dengan drama rantaian, Ariana Rose, kini tiba masanya hero baharu ini muncul mengumpan pengikut.

Dalam mengatur langkah seni, sudah tentu Alvin cukup menghargai sokongan peminat apatah lagi wanita.

Tidak dapat lari daripada buruan gadis yang mungkin ‘obses’ dengan dirinya, jejaka ini hairan soal masa depan, termasuk pencarian teman hidup ‘diatur’ peminat sendiri.

Mendekati jejaka ini, Alvin meluahkan harapannya agar peminat tidak terlalu taksub sehingga mahu menentukan masa depan hidupnya.

Ketika ada yang menyukai kemesraann­ya bersama gandingan dalam drama bersiri, Awak Suka Saya Tak (ASST), Alvin mengakui ada pihak mencemuh Emma Maembong gara-gara hubungan terjalin.

“Saya berterima kasih kepada peminat yang datang daripada pelbagai bangsa dan usia. Sokongan yang diberi tiada tolak bandingnya.

“Cuma, saya meminta kepada mereka yang tampak seperti mahu menentukan dengan siapa saya berkawan agar menghentik­an perkara itu.

“Ada pihak yang terlalu taksub hingga tidak dapat membezakan soal peribadi dan kerjaya. Apatah lagi, saya dan Emma tidak pernah mengeluark­an kenyataan mengenai keakraban kami.

“Malah, kami sudah kurang bergambar bersama bagi mengelak timbul perkara negatif dalam kalangan netizen,” katanya kepada HIP.

Alvin berkata, dia tidak mahu hubunganny­a dengan teman artis menjadi renggang hanya disebabkan persahabat­an tidak direstui segelintir pihak.

“Berilah sokongan kepada mereka bagaimana anda menyokong saya,” katanya.

Emma dan Alvin mula rapat sejak mereka digandingk­an menerusi drama yang disiarkan, tahun lalu.

Belajar jadi pengacara

Berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya, anak jati Pulau Pinang itu tertarik kepada gadis yang menghormat­i ibu bapa dan pandai di dapur.

“Ramai yang sudah maklum dengan ciri-ciri wanita yang menarik perhatian saya. Saya mudah terpikat dengan gadis yang pandai memasak kerana berasal dari negeri yang popular dengan pelbagai jenis makanan.

“Selain bijak ‘menjaga’ perut saya, wanita idaman harus mempunyai sikap menghormat­i orang tua. Ini suatu aspek yang penting buat saya.

“Bagi saya, sikap mana-mana individu terhadap orang tua menggambar­kan keperibadi­an mereka,” katanya.

Berusaha memberi yang terbaik, Alvin yang popular melalui drama berharap percubaan pertama sebagai pengacara program

Malaysia menjadi landasan untuk dia membuktika­n keupayaan.

Sebelum ini, akui Alvin, dia pernah menerima tawaran mengacarak­an majlis korporat. Namun, undangan itu ditolak kerana dia memerlukan masa untuk mempelajar­i teknik mengendali­kan acara.

“Ketika itu, saya perlukan sedikit masa sebelum berani menerima tawaran mengendali­kan program ‘live’ atau acara siaran langsung .... Bimbang tersalah cakap.

“Namun, berbeza dengan I Can See Your Voice kerana program ini dirakam. Daripada situ, saya berpeluang belajar dengan mereka yang lebih senior selain teman gandingan, Syuk Sahar,” katanya.

Tambah Alvin, dia sedar mungkin ada pihak menuduh dirinya tamak mencuba pelbagai bidang seni.

“Sebenarnya, rezeki saya dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, saya ambil peluang untuk mencabar kebolehan diri,” katanya.

Program terbitan ntv7 sudah mula disiarkan. Program ini menampilka­n enam bakat misteri yang perlu diteka sama ada mereka penyanyi sebenar atau menyamar.

Mula menjadi tumpuan

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] ??
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia