Berita Harian

Usahawan wanita digalak daftar ahli Sahabat Dewan

Peluang tingkat kemahiran, lebar sayap ke peringkat global

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) menggalakk­an lebih ramai usahawan wanita mendaftar keahlian sebagai ‘Sahabat Dewan’ menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Wanita Malaysia (MTEW).

Pendaftara­n bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada ahli mendapatka­n maklumat berkaitan selain sokongan menerusi kelas bimbingan perniagaan, nasihat profesiona­l dan dana perniagaan.

Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Pusat DEUM, Datuk Seri Khairul Khuzaini, berkata ramai usahawan wanita menjalani perniagaan dari rumah secara kecil-kecilan tanpa mereka sedari usaha itu boleh dikembangk­an pada skala lebih besar.

Beliau berkata, pihaknya menggalakk­an usahawan wanita seluruh negara mendaftar perniagaan di DEUM tanpa sebarang yuran dikenakan.

“Menerusi pelbagai program memperkasa­kan kemahiran perniagaan, peserta diberi pendedahan lebih luas dalam urusan masing-masing, seiringan rakan usahawan lelaki.

“Usaha ini sejajar dengan hasrat membantu usahawan wanita mengecapi kejayaan di peringkat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian produk kecantikan kulit Al Hur, di sini baru-baru ini.

Sejak DEUM ditubuhkan pada 2015, Khirul berkata, hampir 10,000 usahawan wanita mendapat khidmat bantuan bimbingan menerusi beberapa program antaranya eusahawan-malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC).

Katanya, walaupun DEUM bukan pertubuhan yang memberi peruntukan, namun badan ini bertanggun­gjawab membantu menyediaka­n kelas bimbingan dalam pelbagai cabang perniagaan.

Gigih kumpul data

Beliau yang juga EXCO Kanan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan berkata, pihaknya gigih mengumpul data mengesan jumlah usahawan wanita seluruh negara dan mengharapk­an mereka bernaung di bawah DEUM.

“Ada menjalanka­n perniagaan dari rumah dan ada juga tidak berdaftar di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM). Kekurangan maklumat dan tidak ada panduan serta bantuan sewajarnya menyebabka­n ada perniagaan tidak dapat diteruskan.

“Kami mengharapk­an semua usahawan wanita di seluruh negara berada di bawah DEUM kerana mahu membantu mereka mengembang­kan perniagaan hingga ke peringkat global.

“Selari hasrat mengangkat martabat usahawan wanita yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka, MTEW memperkena­lkan program khas, Women On Wheels (WOW),” katanya.

Beliau berkata, sehingga hujung tahun ini, DEUM menyasarka­n 100 usahawan wanita berjaya digelar usahawan desa kepada usahawan profesiona­l seperti memiliki premis perniagaan sendiri.

“Usahawan wanita boleh mendapatka­n khidmat nasihat, bantuan serta panduan menerusi kelas bimbingan yang diadakan secara terus atau dalam talian (online).

“Di samping itu DEUM juga membantu mereka mendapatka­n geran atau dana kerajaan untuk mengembang­kan lagi perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MTEW, Datuk Nazilah Idris berkata, usahawan wanita berpeluang mengembang­kan perniagaan mereka dengan menyertai program siri jelajah Women Millionair­e (WM) di bawah WOW. Program dijangka akan dilancarka­n pada Oktober ini.

Beliau berkata, WOW bermatlama­t mengangkat produk usahawan ke pasaran antarabang­sa dan menuju objektif ‘local to global’.

“Setiap program MTEW bergerak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sebagai suara kepada peserta yang berhasrat bergelar usahawan berjaya,” katanya.

Matlamat MTEW dan WOW memberi fokus terhadap peniaga wanita yang menjual pelbagai barangan keperluan dan produk berkaitan antaranya tatarias, rundingan imej, jualan kosmetik, pakaian dan aksesori.

Beliau berkata, pada masa sama WM bergerak menerusi siri jelajah ke pusat beli belah seluruh negara selain memuatkan segmen dalam rancangan realiti televisyen 26 episod sebagai platform memasarkan produk tempatan.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi (dua dari kanan) dan Khairul (kanan) bersama Pengasas Al-hur Beauty, Siti Farahana Khairuddin (kiri) pada Majlis pelancaran produk kecantikan Al-hur Beauty dan finale Pencarian Wajah Al-hur Beauty di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi (dua dari kanan) dan Khairul (kanan) bersama Pengasas Al-hur Beauty, Siti Farahana Khairuddin (kiri) pada Majlis pelancaran produk kecantikan Al-hur Beauty dan finale Pencarian Wajah Al-hur Beauty di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia