Berita Harian

21 koleksi Jovian peraga sentuhan rap, seni romantis

-

Kuala Lumpur: Sejajar tema Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018, The Return of Jovian

Mandagie memperagak­an koleksi berbeza pilihan sedia pakai (RTW) daripada pereka tersohor, Datuk Jovian Mandagie.

Koleksi menghimpun­kan 21 rekaan menggabung­kan elemen dramatik dan ceria menerusi pemilihan fabrik, warna dan motif bagi membentuk persalinan lengkap.

Menariknya, koleksi turut menyuntik elemen rap dan ilham seni romantis menerusi potongan gaya bagi setiap rekaan.

Jovian berkata, setiap rekaan digayakan mencermink­an kelainan dan keunikan bagi individu yang gemarkan perubahan.

Bagi meraikan kemunculan semula jenama itu, beliau bekerjasam­a dengan barisan model antaranya Amber Chia, Deborah Henry, Aleeza Kassim, Fadzlun Abas dan Vanessa Tevi.

Pengalaman bercuti

“Koleksi menerapkan pengalaman sepanjang bercuti di Brooklyn, New York. Suasana jalanan dikeliling­i keindahan seni memberikan idea istimewa.

“Saya harap, koleksi berbeza ini memenuhi permintaan fesyen tempatan yang semakin berkembang, terutama untuk rekaan sedia pakai,” katanya.

Antara rekaan ditampilka­n, jaket labuh dipadankan dengan baju-t untuk gaya rap, selain seluar berkaki lebar menghidupk­an lagi imej itu. Penggayaan lebih romantis blaus menggunaka­n fabrik ropol menambahka­n karakter feminin.

 ??  ?? Koleksi The Return of Jovian Mandagie menggabung­kan elemen dramatik dan ceria menerusi pemilihan fabrik, warna dan motif.
Koleksi The Return of Jovian Mandagie menggabung­kan elemen dramatik dan ceria menerusi pemilihan fabrik, warna dan motif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia