Berita Harian

A Samad Said kembali gegar pentas sajak

Sasterawan Negara kenang jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my Kuala Lumpur

Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena)-institut Terjemahan Buku & Malaysia (ITBM)-DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) di Rumah PENA di sini, baru-baru ini membawa dua peristiwa yang istimewa.

Istimewany­a malam bertemakan Sayangi Malaysiaku itu bukan sahaja kerana diadakan sesuai dengan iklim sambutan kemerdekaa­n tanah air menjelang 31 Ogos ini, bahkan kunjungan Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said.

Kali terakhir tokoh besar kesusaster­aan negara itu menjejakka­n kaki ke Rumah PENA ialah beberapa tahun yang lalu.

Justeru tidak hairan mengapa kehadiran beliau pada acara baca puisi kali ini menjadi sesuatu yang sangat dinantikan khalayak pengikut acara berkenaan.

Berdiri di pentas Sutung Umar RS, A Samad yang diiringi dua pemuzik menyampaik­an dua puisi yang ditujukan buat Perdana Menteri pertama negara yang juga Bapa Kemerdekaa­n, Tunku Abdul Rahman dan penggantin­ya, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

“Dengan hadirnya pemimpin baharu dan berundurny­a pemimpin lama, saya ingin mengingatk­an kembali kepada dua pemimpin, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

“Kedua-duanya sudah tidak ada tetapi tanah air kita ini jadi begini kerana diasaskan mereka berdua.

“Memang ada (perkara) yang tidak menyenangk­an di sana-sini tetapi kita juga jangan lupa asalnya sesebuah negara itu tidak akan muncul tanpa pemimpin,” katanya ketika menyampaik­an ucapan pada Malam Baca Puisi PENAITBM-DBP.

Mulai hargai kemerdekaa­n

A Samad berkata, kebanyakan masyarakat hari ini mulai sedar dan menghargai erti kemerdekaa­n.

“Ada kalanya kita nampak (masyarakat) seperti lupa tetapi ramai yang kini sedar satu bangsa sudah bermula.

“Generasi muda kini juga ada masanya masih lagi bergantung (dan memerlukan panduan) generasi tua justeru yang tua itu perlu menjadi contoh,” katanya yang hadir ditemani isteri, Datin Seri Rashidah Mohd Dahan.

Yang turut hadir, SN Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain bersama isteri, Datin Rusiah Abdullah; Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktira­fan DBP, Aminah Awang Basar.

Sementara itu, Mohamad Saleeh dalam ucapannya pada acara yang turut mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) mengingatk­an supaya kemerdekaa­n yang dimiliki itu, dinikmati dengan semangat yang tidak dicemari niat buruk serta perasaan mementingk­an diri sendiri.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID /BH] /BH] ?? A Samad mendeklama­si puisi pada Malam Baca Puisi PENA-ITBNDBP ‘Sayangi Malaysiaku’ di Rumah PENA, baru-baru ini.
[FOTO ROSDAN WAHID /BH] /BH] A Samad mendeklama­si puisi pada Malam Baca Puisi PENA-ITBNDBP ‘Sayangi Malaysiaku’ di Rumah PENA, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia