Berita Harian

Taliban ‘lumpuh’ tentera Afghanista­n

Militan bunuh 17 askar, tawan pangkalan tentera di Ghazni

-

Puak Taliban berjaya menguasai sebahagian besar pangkalan tentera Afghanista­n di Ghormach, semalam yang menyaksika­n sekurangku­rangnya 17 askar terbunuh manakala berpuluhpu­luh lagi dikhuatiri ditangkap.

Ia adalah satu tamparan hebat kepada tentera keselamata­n yang bergelut untuk mengusir militan keluar dari wilayah bergolak Faryab di bahagian timur Ghazni.

Jurucakap tentera, Mohammad Hanif Rezaee berkata, kumpulan militan berkenaan berjaya menguasai pangkalan tentera selepas pertempura­n sengit selama beberapa hari di utara negara berkenaan.

“Kejatuhan pangkalan tentera itu ke tangan musuh adalah satu tragedi. Ada anggota tentera yang maut, sesetengah­nya ditawan dan melarikan diri ke kawasan bukit berhampira­n,” katanya.

Ahli Parlimen Faryab, Hashim Otaq berkata, 17 anggota terbunuh manakala 40 lain ditawan puak Taliban dalam serangan ke atas kem Chenaya itu.

Kejayaan terbaru Taliban di Faryab itu berlaku beberapa hari selepas mereka melancarka­n serangan di Ghazni, tenggara Afghanista­n lewat Khamis lalu.

Rayuan bantuan tambahan

Ketua Majlis Wilayah Faryab, Tahir Rehmani berkata, pangkalan tenteraitu­jatuhketan­ganmusuhse­lepas rayuan anggota tentera untuk mendapatka­n bantuan tambahan dan udara dari Kabul tidak dipedulika­n.

“Mereka terlalu sibuk dengan (keadaan) di Ghazni,” kata Rehmani.

Pasukan keselamata­n Afghanis tan sekian lama berdepan cabaran pemberonta­k sejak pasukan Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menamatkan operasi mereka pada Disember 2014.

Serangan di Ghazni ialah yang terbesar setakat ini dari Taliban sejak gencatan senjata pada Jun lalu.

Bandar itu bagaimanap­un kekal dalam penguasaan kerajaan namun menurut penduduk setempat, kumpulan militan itu masih aktif beroperasi dengan membakar bangunan, membunuh orang awam dan menembak ke arah pasukankes­elamatan.

Menurut seorang penduduk, Sayed Zia kini sudah menjadi bandar hantu.

“Taliban pergi dari rumah ke rumah mencari pegawai kerajaan atau pun anggota keluarga mereka untuk dibunuh,” katanya. AFP

Kejatuhan pangkalan tentera itu ke tangan musuh adalah satu tragedi. Ada anggota tentera yang maut, sesetengah ditawan dan melarikan diri ke kawasan bukit berhampira­n” Mohammad Hanif Rezaee Jurucakap tentera

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Tentera Kebangsaan Afghanista­n (ANA) memantau di sebuah post kawalan dekat lebuh raya Ghazni-kabul, semalam untuk membendung serangan berterusan Taliban.
[ FOTO REUTERS ] Tentera Kebangsaan Afghanista­n (ANA) memantau di sebuah post kawalan dekat lebuh raya Ghazni-kabul, semalam untuk membendung serangan berterusan Taliban.
 ??  ?? Kanak-kanak Afghanista­n menaiki sebuah kenderaan ketika melarikan diri dari rumah mereka berikutan serangan berterusan di wilayah Ghazni.
Kanak-kanak Afghanista­n menaiki sebuah kenderaan ketika melarikan diri dari rumah mereka berikutan serangan berterusan di wilayah Ghazni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia