Berita Harian

Polis syaki motif pengganas

2pejalan kaki masuk hospital, suspek sudah ditahan

-

Polis Britain dari unit tindak balas pengganas sudah mengetuai penyiasata­n ke atas insiden sebuah kereta merempuh penghadang keselamata­n di luar bangunan Parlimen Britain, semalam yang mencederak­an beberapa pejalan kaki.

Ketika sama seorang lelaki berusia lewat 20-an difahamkan sudah ditahan pihak berkuasa sebagai suspek serangan di Westminste­r.

Polis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai insiden keganasan. Ia juga berlaku tidak jauh daripada tempat lima orang terbunuh dalam satu serangan, tahun lalu.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang kini sedang bercuti di luar negara menyuaraka­n rasa kecewa di atas kejadian ini dan berterima kasih kepada perkhidmat­an kecemasan yang bertindak pantas mengawal keadaan di kawasan kejadian.

Dua mangsa dilaporkan dibawa ke hospital susulan insiden itu dan mereka dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.

Menghala senjata

Dalam insiden berkenaan, polis bersenjata segera mengepung kereta berwarna perak itu selepas ia melanggar penghadang jam 7.37 pagi waktu tempatan, menghalaka­n senjata ke arah pemandu ketika dia keluar dari kenderaann­ya, menurut rakaman dihantar di Twitter.

Imej menunjukka­n polis menahan lelaki itu, memakai jeans dan jaket hitam sambil bergari ketika jalan di sekitar Parlimen ditutup.

Westminste­r menjadi tempat serangan tahun lalu apabila Khalid Masood, 52, warga tempatan merempuh pejalan kaki di atas jambatan di Sungai Thames sebelum menikam mati seorang anggota polis yang berkawal di luar Parlimen.

Dalam pada itu, polis pengangkut­an British berkata, stesen bawah tanah Westminste­r yang berada di bawah Parlimen kini ditutup kepada orang ramai. AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia