Berita Harian

Vienna tempat tinggal paling sesuai di dunia

-

Vienna: Buat pertama kali, bandar raya Vienna di Austria berjaya menewaskan Melbourne, sekali gus mengunggul­i Indeks Sesuai Didiami Global yang dikeluarka­n oleh Unit Economist Intelligen­ce (EIU).

Sejak sekian lama, kedua-dua Vienna dan Melbourne bersaing untuk meraih kedudukan sebagai tempat paling sesuai didiami dalam kajian dijalankan ke atas 140 bandar raya di seluruh dunia.

Melbourne, Australia menduduki tempat pertama senarai itu bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut.

Namun, penurunan kes ancaman militan di Eropah barat dan kadar jenayah yang rendah di Vienna membantu melonjakka­n kedudukan bandar raya itu ke tangga pertama senarai terbabit.

Kualiti hidup terbaik

Sebelum ini, Vienna sering mengunggul­i senarai kedudukan bandar yang menawarkan kualiti hidup terbaik dalam kajian dijalankan firma perundinga­n Mercer.

Bandar raya Osaka, Jepun; Calgary, Kanada dan Sydney, Australia turut menduduki lima tempat teratas, manakala London, berada di tangga ke-48 senarai itu.

“Kajian dijalankan ke atas bandar berukuran sederhana yang mempunyai kepadatan populasi yang rendah.

“Bandar besar dengan kepadatan penduduk lebih tinggi sering mencatat kadar jenayah yang tinggi dan pelbagai infrastruk­tur,” kata EIU.

Sementara itu, Damsyik terus kekal di tangga terakhir, diikuti Dhaka, Bangladesh dan Lagos, Nigeria.

Kajian ini tidak membabitka­n ibu negara yang dianggap bandar paling bahaya di dunia, seperti Baghdad, Iraq dan Kabul, Afghanista­n. REUTERS

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Seorang wanita kelihatan sedang berehat di sebuah taman awam dekat Muzium Sejarah Asli di Vienna, Austria, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Seorang wanita kelihatan sedang berehat di sebuah taman awam dekat Muzium Sejarah Asli di Vienna, Austria, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia