Berita Harian

Barca terus pancing Pogba

Pemain United tunggu masa sesuai pindah angkara krisis dengan Mourinho

-

Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu tidak mengesahka­n mahupun menafikan laporan bahawa kelab itu sedang bersiap sedia untuk membeli pemain tengah Manchester United Paul Pogba (gambar).

Laporan media menyatakan bahawa Pogba yang mempunyai kontrak di United sehingga Jun 2021 mahu meninggalk­an Old Trafford musim panas ini kerana hubungan bermasalah­nya dengan jurulatih Jose Mourinho.

Menurut penerbitan yang berpangkal­an di Sepanyol, Barca yang menghubung­i ejen Pogba Mino Raiola, kini menunggu masa untuk cuba mendapatka­n pemain Perancis itu sebelum jendela perpindaha­n berakhir.

“Saya tidak pernah bercakap mengenai sesiapa secara spesifik, anda sendiri tahu,” kata Bartomeu kepada stesyen televisyen selepas Barca menewaskan Sevilla 2-1 pada Piala Super Sepanyol kelmarin, apabila ditanya mengenai Pogba.

“Lebih-lebih lagi kami menghormat­i kelab lain. Hakikatnya masih ada baki 20 hari dalam jendela perpindaha­n. Saya tidak katakan ia untuk pemain terbabit (Pogba).

Tak boleh cakap banyak

“Pemain ini berada dalam pasukannya dan menyertai kejohanan. Masih ada 20 hari lagi, kita lihat siapa yang akan meninggalk­an kelab dan siapa akan datang, Kita lihat saja nanti.

“Adalah lebih baik anda bertanyaka­n hal pemain bola sepak kepada Pengarah Teknikal Barca, Eric Abidal, Penolong Pengarah Teknikal Ramon Planes atau Pengarah Sukan Pep Segura. Kami masih mempunyai masa dalam pasaran perpindaha­n untuk membeli pemain sekiranya diperlukan.”

Juara La Liga dan Piala Raja Sepanyol itu membeli lima pemain setakat ini iaitu Arturo Vidal, Malcom, Clement Lenglet, Arthur dan Moussa Wague.

Pogba, 25, menyarung ikatan lengan kapten dan menjaringk­an gol pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Leicester City 2-1 pada hujung minggu.

Pogba yang turut menjulang Piala Dunia bersama Perancis tidak menafikan spekulasi mengenai masa depannya apabila berkata selepas perlawanan itu: “Ada perkara yang tidak boleh saya katakan, jika tidak saya akan didenda.”

United membayar Juventus €105 juta (RM490 juta) untuk mendapatka­n Pogba dua tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia