Berita Harian

Leverkusen ‘kutuk’ gaya Cech

-

London: Petr Cech terbabit pertengkar­an dalam media sosial bersama Bayer Leverkusen selepas akaun Twitter kelab Bundesliga itu dilihat mengejek kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Arsenal itu ketika bertemu Manchester City.

Cech menjadi pilihan untuk diturunkan pada perlawanan Ahad lalu berbanding penjaga gol yang baru ditandatan­gani dari Leverkusen, Bernd Leno.

Cech yang juga bekas penjaga gol Chelsea bagaimanap­un nyaris membuat kesilapan terbesar dalam kariernya dengan hampir menjaringk­an gol ke gawang sendiri ketika kelabnya tewas 0-2 kepada Arsenal di saingan Liga Perdana Inggeris.

Penjaga gol Arsenal itu dilihat melakukan sepakan berbahaya yang berisiko untuk masuk ke gawang sendiri pada perlawanan yang kali pertama dikendalik­an pengurus baru Arsenal, Unai Emery.

Twitter berbahasa Inggeris Leverkusen membalas salah satu daripada komen mengenai peristiwa itu.

Lebih tahu bola sepak

“Kami mungkin lebih tahu pemain yang layak beraksi,” tweet kelab itu yang dilihat merujuk kepada Leno, bekas penjaga gol mereka yang lebih sesuai memenuhi visi Emery.

Ia kemudian disusuli video Leno ketika beraksi bersama kelab Jerman itu dengan keterangan video: “Untuk anda semua bagaimana cara menerima hantaran bola ke belakang.”

Cech membalas: @Arsenal kami berkongsi nilai-nilai penting yang menjadikan kami kelab utama bukan saja dalam arena bola sepak. Saingan yang adil, profesiona­l dan semangat kesukanan adalah aspek utama yang diajar kepada pemain muda dan ia amat menyedihka­n apabila kelab lain tidak berkongsi nilai yang sama. @bayer04_en,” tulis Cech.

Leverkusen kemudian membalas: “Ia adalah satu bentuk jenaka yang dinilai sangat serius.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia