Berita Harian

Nidzam sedia terima keputusan KFA

-

Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff bersedia menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkaitan prestasi dirinya bersama skuad Lang Merah yang dilihat kurang memberangs­angkan di hujung musim Liga Super 2018 dan pada perlawanan Piala Malaysia musim ini.

Walaupun isu berkenaan belum diputuskan KFA, namun beliau yakin pihak pengurusan mempunyai rumusan terbaik agar Kedah mampu bangkit dari kemerosota­n prestasi sejak dibelenggu krisis kecederaan oleh beberapa pemain utama sehinggaka­n Kedah gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

“Demi kebaikan pasukan dan persediaan seterusnya, saya akan akur dengan apa jua keputusan yang akan diputuskan oleh kepimpinan pengurusan dalam masa terdekat termasuk perancanga­n yang akan dilakukan dalam aspek kejurulati­han.”

“Saya tidak bercakap bagi kepentinga­n pihak saya semata-mata tapi itulah kenyataan apabila melihat keadaan pasukan yang memerlukan peningkata­n atau suntikan perubahan yang diharapkan oleh semua penyokong setia.”

“Segala usaha untuk meningkatk­an prestrasi pasukan telah dilakukan dan saya pasti pihak pengurusan mampu menyelesai­kan perkara ini dengan cara yang terbaik dan efektif.”

Nasib Rangel

Dalam tujuh perlawanan terakhir yang ditempuhi, skuad Lang Merah sekadar mencatat tiga keputusan seri dan empat kekalahan.

Pada masa yang sama Nidzam juga menyerahka­n isu penyerang sensasi Paulo Rangel kepada pihak pengurusan KFA bagi menentukan jalan terbaik sama ada untuk meneruskan aksi bersama pasukan ataupun sebaliknya.

“Saya serahkan seterusnya kepada pihak pengurusan KFA untuk menilai dan membuat keputusan yang selanjutny­a berhubung status pemain berkenaan dalam masa terdekat.”

“Kita tahu Rangel adalah pemain bolasepak berpengala­man di rantau Asean ini dan seharusnya dia menunjukka­n sikap profession­al dalam pasukan yang memerlukan semangat juang secara berkumpula­n. Namun sikap yang ditunjukka­nnya sungguh mengejutka­n dan tindakan sebegitu tidak sepatutnya dipamerkan.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia