Berita Harian

Peluang pulih reputasi

Skuad taekwondo mahu tujuh atlet negara pamer bisa

- Oleh Syafiq Aznan

Sukan Asia Jakarta-palembang 2018 dilihat bakal menjadi medan untuk kembali memulihkan ‘maruah’ Taekwondo Malaysia selepas digugurkan daripada senarai sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN), tahun lalu.

Justeru, Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Taekwondo Malaysia, R Dhanaraj mahu tujuh atlet taekwondo yang diberi kepercayaa­n menggalas tanggungja­wab supaya dapat memberikan yang terbaik pada temasya berprestij itu.

Jelas Dhanaraj, misi utama Taekwondo Malaysia adalah sekurang-kurangnya meraih dua pingat gangsa sekali gus mengelak pulang dengan tangan kosong.

“Berdasarka­n pencapaian empat tahun lalu, kami gagal merangkul sebarang pingat jadi dua gangsa yang diletakkan ini adalah sasaran yang realistik dan mampu untuk dilakukan.

“Penggugura­n taekwondo daripada senarai sukan teras sememangny­a memberi cabaran besar buat kami jadi Sukan Asia 2018 akan memberi peluang terbaik untuk membuktika­n kemampuan kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tingkat motivasi

Taekwondo adalah satu daripada tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras susulan kajian mendalam dilakukan berdasarka­n prestasi semasa persatuan terbabit, hujung tahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai persiapan pasukan, Dhanaraj menjelaska­n pencapaian memberangs­angkan di beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini memberi petanda positif kepada anak buahnya.

“Kita menyertai beberapa kejohanan seperti Sukan Mempertaha­nkan Diri Asia 2017, Poomsae Asia 2018 dan Pra Sukan Asia 2018 sebagai persiapan dan saya gembira apabila atlet kita meraih pencapaian membanggak­an.

“Justeru, ini sudah tentu memberi motivasi kepada mereka untuk muncul sebagai pesaing dan saya mengharapk­an mereka dapat meneruskan momentum ini,” katanya.

 ??  ?? Rozaimi (kanan) antara sandaran skuad taekwondo negara di Sukan Asia.
Rozaimi (kanan) antara sandaran skuad taekwondo negara di Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia