Berita Harian

Wei Fu pikul tugas berat di Jakarta

-

Kuala Lumpur: Menyedari ia bukan satu tugas mudah untuk bersaing dengan atlet handalan dunia, skuad Judo negara tidak meletakkan harapan tinggi bagi penampilan di Sukan Asia Jakarta-palembang 2018 apabila hanya mengharapk­an wakil tunggal mereka Chong Wei Fu mampu melepasi pusingan kedua.

Menurut pengurus pasukan, Othman Nizam Yoe, dia bukan tidak yakin dengan kemampuan Wei Fu namun harus realistik dengan sasaran yang diletakkan memandangk­an Sukan Asia boleh diibaratka­n sebagai 'mini Olimpik'.

"Sasaran kami adalah untuk melihat Wei Fu yang beraksi dalam acara bawah 66 kilogram mampu untuk melepasi pusingan kedua atau lebih dari itu, kerana semua juara dunia bakal beraksi di Sukan Asia bagi acara judo," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujarnya, layak ke Sukan Asia sendiri juga adalah satu pencapaian terbaik dan harus dipuji selepas tiada wakil pada temasya yang sama empat tahun lalu.

Latihan dalam negara

"Wei Fu berjaya melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutua­n Judo Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), malah dia juga meraih perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Setakat ini persiapan yang dilakukan hanya di dalam negara dan berpusat di Sekolah Sukan Negeri Johor, Kluang Apa yang saya lihat prestasiny­a semakin baik berbanding di Sukan SEA lalu," kata Oth man.

Jelasnya, mereka sentiasa me mantau perkembang­an Wei Fu dari masa ke semasa dan paling penting bagi sukan tempur ada lah dari segi persiapan fizikal atlet.

"Dia mesti berada pada tahap terbaik dan tiada kecederaan yang berlaku menjelang tema sya berkenaan," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia