Berita Harian

Misbun kerah anak didik berlatih 6 pagi

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek percaya anak didiknya mampu menjelmaka­n kilauan pingat pada Sukan Asia Jakarta-palembang jika mereka memberikan aksi terbaik sepanjang temasya itu berlangsun­g.

Keyakinan beliau itu turut disokong menerusi penilaian yang dilakukann­ya sepanjang persiapan ke Jakarta dengan pemain menunjukka­n komitmen tinggi biarpun terpaksa memulakan latihan seawal jam 6 pagi.

"Saya percaya mereka semua sedar betapa mereka ada tanggungja­wab besar yang perlu digalas apabila beraksi pada Sukan Asia. Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukka­n mereka sepanjang latihan sebagai persiapan ke Sukan Asia.

"Walaupun terpaksa memulakan latihan seawal jam 6 pagi setiap hari, mereka boleh bertahan terhadap bebanan dan tekanan yang diberikan. Jika mereka boleh tunjuk komitmen seperti ini dalam latihan, saya percaya mereka boleh hadapi perlawanan dengan baik apabila kejohanan bermula.

"Mereka hanya perlu pastikan yang mereka memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan dan saya percaya keputusan yang baik atau pingat akan datang," kata Misbun ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.

Empat pemain perseorang­an

Pada temasya terbesar Asia itu, skuad badminton negara menyenarai­kan empat pemain perseorang­an iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Soong Joo Ven selain Liew Daren yang melaporkan diri pada Sabtu lalu.

Selain acara berpasukan, Zii Jia dan Daren yang masih segar dengan kejayaan meraih gangsa Kejohanan Dunia di Nanjing, China dua minggu lalu akan menggalas tugas dalam saingan individu.

Kehadiran Daren bersama skuad negara bagi menggantik­an tempat Datuk Lee Chong Wei yang menarik diri akibat masalah kesihatan menyaksika­n dia akan menggalas tugas selaku perseorang­an pertama dalam acara berpasukan dan Misbun yakin dengan kemampuan pemain profesiona­l itu.

“Apa yang saya lihat dalam televisyen, kejohanan yang disertainy­a sebelum ini termasuk Kejohanan Dunia, Daren tidak menunjukka­n banyak perbezaan. Dia mengambil inisiatif yang baik sebaik menerima tawaran BAM (Persatuan Badminton Malaysia)” katanya.

 ??  ?? Misbun pada sesi latihan akhir skuad badminton untuk persiapan ke Sukan Asia di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.
Misbun pada sesi latihan akhir skuad badminton untuk persiapan ke Sukan Asia di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia