Berita Harian

BERSATU cetus aspirasi Bumiputera Sarawak

Parti tumpu tarik ahli PBB, PRS dan PDP

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Masyarakat Bumiputera Sarawak kini mempunyai lebih banyak saluran dalam menyalurka­n aspirasi politik mereka melalui penubuhan cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini.

Pengerusi Penaja BERSATU Stampin, Johan Mohamad mendedahka­n majoriti yang memohon menjadi ahli parti berkenaan terdiri daripada bekas ahli parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demoraktik Progresif (PDP).

“Kehadiran BERSATU ke Sarawak membuka lembaran baharu politik di negeri ini, selain memberi peluang kepada parti ini berkhidmat kepada rakyatnya terutama membabitka­n golongan miskin dan pengusaha perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya kepada NSTP, di sini semalam.

Ketika ini, 30,000 ahli dari Sarawak sudah memohon kemasukan ke dalam BERSATU dan parti berkenaan mensasarka­n penyertaan seramai 60,000 ahli dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira sambutan menggalakk­an penyokong di akar umbi.

Bukan untuk bermusuh

Johan ketika mengulas lanjut, berkata kehadiran BERSATU ke Sarawak bukan untuk bermusuh dengan parti tempatan sedia ada, sebaliknya berada di negeri ini sebagai rakan memperjuan­gkan rakyat negeri ini.

“Kita tidak bermusuh kepada sesiapa atau mahu menjadi alternatif kepada PBB, BERSATU mahu berada di Sarawak secara aman,” katanya.

Awal bulan ini, Johan dalam sidang media di Dewan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, di sini, memberi anologi kehadiran dan penerimaan BERSATU ke negeri ini seperti pertanding­an ‘Ratu Cantik’.

Katanya, jika parti berada dalam keadaan tersusun dan pelaksanaa­n perkhidmat­an kepada masyarakat adalah ‘cantik’, pastinya BERSATU akan mendapat tempat di hati rakyat Sarawak.

Sementara itu, Johan berkata, bukan sahaja BERSATU menerima permohonan ahli daripada bekas ahli parti politik tempatan, malah parti berkenaan menarik minat golongan profesiona­l Bumiputera setempat.

“Kita mempunyai ramai ahli profesiona­l dan ahli korporat. Di Sarawak saja, kebanyakan Ketua Bahagian adalah profesiona­l seperti jurutera, mempunyai taraf pendidikan Doktor Falsafah (PHD) dan peguam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia