Berita Harian

Hajiji, Madius ‘panaskan’ sidang DUN Sabah

-

Kota Kinabalu: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam panas selepas Datuk Hajiji Noor (Bn-sulaman) berang dengan jawapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Madius Tangau yang menyebut mengenai UMNO ketika menjawab soalan tambahanny­a.

Hajiji yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri tidak berpuas hati apabila Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri memulakan jawapan dengan mengatakan ‘UMNO pun boleh balik Semenanjun­g’.

Berang dengan ungkapan itu, Hajiji bangun dan bersuara dengan nada tinggi mempertika­ikan ungkapan Madius sebelum mengungkit bahawa kemenangan pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut (UPKO) itu di Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah atas sumbangan ahli UMNO.

“Beliau tidak berhak cakap pasal UMNO. Kalau bukan ahli UMNO undi dia (Madius) di Tuaran kalah sudah ini, dia kalah di Tamparuli (DUN), jangan temberang sana... jawab soalan saya, bukan cakap pasal UMNO. Buruk-buruk UMNO pun, UMNO yang kasi menang dia di Tuaran,” katanya.

Minta penjelasan

Ketika insiden kira-kira 10 minit itu, Hajiji meminta penjelasan lanjut Madius mengenai sasaran kementeria­nnya untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2023 yang disifatkan­nya sebagai ‘janji terang bulan’ atau ‘indah khabar dari rupa’.

Hajiji disokong Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Bn-apas) yang turut bangun membela kenyataann­ya sebelum beberapa ADUN cuba meleraikan pertengkar­an dan meminta Madius meneruskan jawapan selain berhenti mengaitkan­nya dengan isu politik.

Datuk Bolkiah Ismail (BebasPitas) yang bangun sambil mengemukak­an peraturan DUN yang antara lain menyebut mengenai kewajipan setiap wakil rakyat mendengar jawapan ketika menteri bercakap turut ditempelak Hajiji.

Bagaimanap­un, Madius yang juga ADUN dilantik akhirnya meneruskan jawapannya selepas pertengkar­an reda apabila Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman memberi amaran akan mengambil tindakan jika keadaan itu berlarutan.

Beliau turut menasihatk­an semua wakil rakyat supaya berhatihat­i apabila berucap dan mengelak perkara yang berkaitan dengan politik.

 ??  ?? Hajiji dan Madius.
Hajiji dan Madius.
 ?? [ FOTO RAKAMAN TV DUN SABAH ] ?? Sidang DUN Sabah panas susulan pertelingk­ahan
[ FOTO RAKAMAN TV DUN SABAH ] Sidang DUN Sabah panas susulan pertelingk­ahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia