Berita Harian

‘Terima Kasih Tok Fatimah’

Kesempitan hidup nenek sara cucu dapat perhatian

- Oleh Erika George

Kesempitan hidup Nara Empam, 60, dalam membesarka­n cucunya, Sebastian Sigai, 6, yang juga kanak-kanak lembam berakhir selepas menerima bantuan bulanan RM350 dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sejak Februari lalu selepas kisahnya mendapat liputan meluas media.

Malah, warga emas itu yang membahasak­an dirinya sebagai ‘Nenek Nara’ turut berterima kasih kepada kumpulan akhbar NSTP kerana memberi liputan terhadap kesukaran hidupnya hingga mendapat perhatian kerajaan negeri, khususnya Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah sebelum ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Tok Fatimah dan JKM kerana meluluskan bantuan bulanan di bawah Skim Bantuan Orang Tua ini, sekali gus membantu meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung oleh saya dalam membesarka­n cucu saya.

“Cuma, saya bimbangkan nasib cucu saya, terutama masa depannya. Saya berharap agensi berkaitan dapat membantu menguruska­n cucu saya, sama ada menempatka­nnya ke sekolah pendidikan khas agar dia dapat belajar seperti kanakkanak lain,” katanya.

Dapat liputan meluas

Kisah ‘Nenek Nara’ mendapat liputan meluas media, selain viral di laman sosial apabila terpaksa tinggal dalam pondok buruk di belakang Tanah Perkuburan Cina Batu 2, di sini bersama cucunya akibat kesempitan hidup.

Sementara itu, beliau berharap agar anak lelakinya dan bekas menantu pulang menjenguk anak lelaki mereka itu yang sering bertanyaka­n ibu bapanya.

“Saya berasa amat sebak apabila mengenangk­an perkara itu. Mungkin dia terlalu merindu ibu dan bapanya. Dia memerlukan kasih sayang serta bimbingan daripada ibu bapanya dan berharap agar mereka balik ke sini bagi menjengukn­ya,” katanya.

Bagi menambah sumber pendapatan, ‘Nenek Nara’ turut bercucuk tanam berhampira­n pondok didiaminya, dengan hasil tani diperoleh dijual di kawasan perumahan berhampira­n dan menghasilk­an pulangan antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk menyara kehidupann­ya dan cucunya.

Pegawai JKM Bintulu, Augustine Jenang pula ketika dihubungi menjelaska­n melalui Skim Bantuan Orang Tua disalurkan sejak Februari lalu, kehidupan keluarga berkenaan lebih baik.

“Kita meneliti terlebih dulu bentuk bantuan boleh disalurkan kepadanya. Selepas sesi temubual dan kaji selidik dilakukan, barulah keputusan dibuat mengenai bentuk bantuan yang layak beliau diterima melalui skim dipersetuj­ui oleh JKM,” katanya.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE/BH ] ?? Kehidupan Nenek Nara dan cucunya semakin baik selepas menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bintulu.
[ FOTO ERIKA GEORGE/BH ] Kehidupan Nenek Nara dan cucunya semakin baik selepas menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia