Berita Harian

Dr Ahmad Taufik dilantik Timbalan Pengarah Kastam Sabah

-

Kota Kinabalu: Bekas Penolong Kanan Pengarah Kastam Satu, Unit Pengajian Kepimpinan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka, Dr Ahmad Taufik Sulaiman dilantik Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkua­saan baharu menggantik­an Mohd Shahrin Mohd Dom.

Mohd Shahrin bakal bertugas di Unit II (Selangor) Zon Tengah selepas diberi tanggungja­wab mengetuai bahagian penguatkua­saan negeri ini selama setahun tiga bulan.

Berasal dari Pahang, Ahmad Taufik pernah bertugas di Sabah pada tahun 2005 hingga 2007 sebagai Urusetia Penguatkua­saan Negeri Sabah sebelum menyambung pengajian bagi Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tidak janggal

Ahmad Taufik berkata, beliau tidak berasa janggal untuk menjalanka­n tanggungja­wab selaku Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkua­saan yang baharu kerana sudah biasa dengan suasana bekerja di negeri ini.

“Saya bersyukur dapat kembali berkhidmat di sini dengan memegang amanah lebih berat kerana Sabah memiliki keluasan yang besar untuk kita pantau dari sudut penugasan kastam.

“Selepas diberi tanggungja­wab ini, saya akan meneruskan segala perkara positif yang dilaksanak­an bekas timbalan pengarah selain menambah baik pelbagai aspek di bahagian penguatkua­saan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkua­saan, di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Pengarah Kastam Sabah, Datuk Abdullah Jaapar.

Dalam pada itu, Ahmad Taufik berharap semua warga kastam negeri khususnya bahagian penguatkua­saan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang beliau mengetuai bahagian itu.

“Kita sedar kekuatan anggota adalah aset berharga yang harus dijaga dengan baik demi memastikan kejayaan sesebuah agensi,” katanya.

Selepas diberi tanggungja­wab ini, saya akan meneruskan segala perkara positif yang dilaksanak­an bekas timbalan pengarah selain menambah baik pelbagai aspek di bahagian penguatkua­saan”

Ahmad Taufik Sulaiman,

Timbalan Pengarah Kastam Sabah Bahagian Penguatkua­saan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia