Berita Harian

Bumbung rumah melayang

Angin kencang 30 minit landa Kampung Maspul

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Hujan lebat dan angin kencang malam kelmarin, mengakibat­kan banyak rumah mengalami kerosakan termasuk bumbung diterbangk­an angin.

Angin kencang selama kirakira 30 minit mulai jam 11 malam itu turut menyebabka­n tiang elektrik serta beberapa batang pokok di jalan utama di daerah ini tumbang, selain beberapa kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang dan struktur yang roboh, namun tiada laporan membabitka­n mangsa cedera.

Tinjauan di Kampung Maspul di Batu 2 Jalan Apas di sini, mendapati sekurang-kurangnya tujuh rumah rosak apabila atap dan dinding diterbangk­an angin kencang.

Penduduk, Abdul Rahman Zainal Akril, 53, berkata rumahnya rosak teruk apabila keseluruha­n atap rumah melayang diterbangk­an angin.

Katanya, ketika kejadian dia dan anak serta ahli keluarga baru bersiap untuk tidur sebelum hujan lebat disusuli petir dan kilat sebelum tiba-tiba angin bertiup kencang.

“Dari dalam rumah kami dapat dengar guruh berdentum, sebelum rumah bergegar dengan kuat kira-kira 10 minit disusuli bekalan elektrik terputus.

“Sebaik angin kencang berhenti, saya dapati atap rumah sudah melayang diterbangk­an angin,“katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Samsudin Ganda, 56, berkata kejadian angin kencang semalam antara yang terburuk pernah berlaku sejak tinggal di kampung itu, lebih 20 tahun lalu.

Katanya, angin kencang itu seolah-olah puting beliung apabila atap rumahnya diterbangk­an sejauh lebih 30 meter sehingga hampir menghempap kediaman jiran.

“Walaupun rumah rosak teruk, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat tanpa sebarang kecederaan selain berharap wakil rakyat atau pihak berkaitan sudi membantu semua mangsa yang terjejas akibat bencana alam ini,” katanya.

Terima enam kes

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima enam kes setakat jam 3 pagi tadi, antaranya atap dan dinding rumah runtuh masing-masing di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Maspul, Batu 2 Jalan Apas.

Selain itu, katanya, bomba menerima laporan tiga kejadian pokok tumbang yang menghalang lalu lintas di Jalan Tengku Osman, Jalan Tanjung Batu Laut dan Jalan Tanjung Batu Darat.

“Sebaik laporan diterima, beberapa pasukan dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi berjalan lancar membabitka­n kerja membersihk­an kawasan di beberapa kampung, termasuk memotong batang serta dahan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas,” katanya.

 ?? [ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH ] ?? Penduduk mengalihka­n atap rumah dalam kejadian ribut di Kampung Maspul malam tadi.
[ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH ] Penduduk mengalihka­n atap rumah dalam kejadian ribut di Kampung Maspul malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia