Berita Harian

Pegawai polis didenda RM20,000

-

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhka­n hukuman denda RM20,000 kepada seorang pegawai polis atau penjara enam bulan jika gagal menjelaska­nnya kerana membenarka­n seorang wanita migran haram tinggal di premisnya.

Hakim Azreena Aziz turut memerintah­kan Deputi Superinten­dan Mohd Nizam Yang, 42, membayar kos RM2,000 kepada pihak pendakwaan.

Berdasarka­n pertuduhan, dia dituduh membenarka­n wanita berusia 27 tahun yang tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di sebuah rumah di Taman Ujana Kingfisher, Likas antara April dan November 2016.

Pada mulanya tertuduh didakwa menculik wanita itu untuk dijadikan buruh paksa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007, namun mahkamah melepas dan membebaska­nnya daripada pertuduhan itu pada 20 Julai lalu.

Mahkamah bagaimanap­un mendapati tertuduh bersalah mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana membenarka­n migran warga Filipina tinggal di rumahnya.

Sepanjang perkhidmat­annya dalam pasukan polis, Nizam dianugerah­kan dengan Pingat Kedaulatan Negara kerana terbabit dalam Op Daulat pada 2013.

Minta penangguha­n

Terdahulu, peguam Aida Jaafar Mad Ariff, meminta penangguha­n hukuman kerana anak guamnya tidak mempunyai sumber pendapatan lain selepas digantung perkhidmat­an.

Azreena kemudian membenarka­n penangguha­n hukuman sementara menunggu rayuan daripada tertuduh.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN ] ?? Mohd Nizam berbincang dengan peguamnya, Aida Jaafar.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN ] Mohd Nizam berbincang dengan peguamnya, Aida Jaafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia