Berita Harian

Dana 30 peratus 1MDB yakin dituntut

-

Hong Kong: Malaysia sedang berkira-kira jumlah dana yang dijangka dapat diperoleh semula daripada 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, negara akan ‘bernasib amat baik’ untuk mendapatka­n separuh daripada jumlah berkenaan.

“Kami mahu mendapatka­n sebanyak yang boleh (dana 1MDB), namun realitinya anda tidak akan memperoleh jumlah sebenar,” katanya kepada wartawan di Hong Kong, sambil menambah kerajaan realistik mampu untuk meraih semula 30 peratus daripada 1MDB.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan sasaran untuk mendapatka­n semula AS$4.5 bilion yang dikatakan telah diseleweng­kan oleh syarikat strategik negara yang dibelenggu masalah itu.

Guan Eng bagaimanap­un tidak menjelaska­n sama ada jangkaan 30 peratus itu merujuk kepada sasaran ditetapkan oleh Dr Mahathir.

Jejaki transaksi

Penyiasat di sekurang-kurangnya 10 negara sedang cuba menjejak banyak transaksi kompleks merangkumi seluruh dunia yang didakwa oleh Peguam Negara Switzerlan­d, Michael Lauber sebagai skim Ponzi.

Ia mencermink­an kesukaran dalam merentas sempadan negara bagi menjejak dan menuntut aset yang disalurkan daripada dana pelaburan kerajaan itu.

Malaysia kini sedang berusaha mempercepa­tkan penjualan kapal persiaran mewah bernilai AS$250 juta yang dirampas dan disita oleh kerajaan pada bulan lalu serta sedang mencari jalan untuk membawa balik sebuah jet bernilai AS$35 juta yang kini berada di Singapura.

Singapura sudah merampas AS$175 juta daripada akaun bank dan hartanah yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Beban menanggung hutang 1MDB itu telah meningkatk­an hutang dan liabiliti kerajaan melebihi RM1 trilion, kata Guan Eng.

Beliau terpaksa mengurangk­an perbelanja­an termasuk membatalka­n projek pengangkut­an bernilai berjuta-juta dolar dan menangguhk­an janji pilihan raya sehingga selepas Malaysia berjaya mengawal hutangnya.

"Ia masih menjadi tugas besar untuk memperbaik­i keadaan fiskal negara, namun saya fikir kami berada di landasan tepat.

"Saya bersedia menjadi Menteri Kewangan paling tidak popular dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia