Berita Harian

KONGSI PENTAS

Aishah, Liza Hanim teruja beraksi bersama MPO

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Tiada yang lebih membanggak­an bagi penyanyi berpengala­man, Aishah dan Liza Hanim apabila dapat meraikan Hari Malaysia dengan cara tersendiri.

Bukan sekadar mengadakan persembaha­n di gelanggang berprestij Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP) yang menjadi impian semua penghibur, malah diiringi pemuzik yang diperakui di serata dunia, Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO).

Bagi pelantun lagu Janji Manismu itu, walau pernah beraksi di DFP kira-kira sedekad lalu, rasa teruja untuk kembali semula ke lokasi tetap berganda.

Konsert Semalam di Malaya yang bakal berlangsun­g di DFP esok dan lusa, dikatakan mengembali­kan semula memori lalu Aishah ketika berada di pentas sama.

“Saya cukup teruja dan berbesar hati atas tawaran yang diberi MPO. Biarpun mempunyai pengalaman menyanyi bersama MPO pada 2009, perasaan gentar tetap ada.

Pencetus semangat

“Pengalaman berada di dewan DFP wajar dirasai semua penyanyi dan pemuzik. Saya harap ini menjadi pencetus semangat buat semua.

“Konsert ini juga mengangkat lagu malar segar yang menyemarak­kan semangat penonton, terutama golongan muda supaya terus menghargai dendangan era lalu,” katanya pada sidang media di ibu negara, baru-baru ini.

Penyanyi yang sudah hampir tiga dekad bergelar anak seni itu bakal mengalunka­n lima lagu termasuk Setangkai Kembang Melati.

Selain pemilik kedua-dua vokal suara emas itu, konsert yang berlangsun­g kira-kira dua jam itu turut menampilka­n Musly Ramlee dan Rachel Guerzo Trio.

Liza pula tidak malu mengaku sudah menanti 21 tahun untuk merealisas­ikan impian membuat persembaha­n dengan pemuzik MPO.

Sehubungan itu, tawaran yang diajukan penganjur Konsert Semalam Di Malaya sebagai impian menjadi kenyataan dan bakal terpahat dalam ingatannya.

Apatah lagi, akui Liza, dia diundang berkongsi pentas dengan tiga insan seni hebat iaitu Aishah, Musly dan Rachel.

“Saya tidak menyangka luahan kepada rakan seperjuang­an, Aishah ketika kami bekerjasam­a dalam sebuah konsert sebelum ini menjadi nyata.

“Apabila dihubungi pengurusan MPO awal tahun ini, rasa teruja dan gementar bersilih ganti. Impian yang saya damba sejak dua dekad bergelar penyanyi, akhirnya termakbul.

“Namun, saya tidak ralat lambat meraih peluang ini disebabkan sudah lama berehat sejak 2009 dan hanya aktif tahun lalu. Apabila sudah rezeki kita, masanya tetap tiba,” katanya.

Teruja iringan okestra

Penyanyi Getaran Cinta di Jiwa ini memberitah­u, peluang membuat persembaha­n dengan iringan orkestra adalah impian dan pencapaian besar buat penyanyi.

Kongsi penyanyi yang baru tampil dengan single berjudul Mimpi, dia sudah membuat persiapan rapi bagi dua siri konsert terbabit.

“Jika diikutkan, rasa teruja dan gemuruh bersilih ganti kerana belum pernah menyanyi diiringi orkestra. Apatah lagi bakal beraksi di DFP yang menjadi gelanggang ramai pemuzik hebat.

“Walaupun ada antara lagu pernah saya sampaikan, banyak perbezaan daripada susunan muzik dan sebagainya yang perlu diperhalus­i,” katanya.

Liza turut berkongsi rasa terharu apabila menjadi pilihan MPO yang membuka peluang kepada anak seni sepertinya beraksi di pentas gah itu.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia