Berita Harian

ABPBH 31 kuasai laman sosial

Kelab peminat artis lancar gerak gempur raih undi sebelum tarikh tutup 25 September

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Gerak gempur bagi menobatkan artis kesayangan meraih gelaran popular menerusi 13 kategori utama yang dipertandi­ngkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 kian rancak.

Sejak dua minggu lalu, perang poster membanjiri media sosial dalam usaha kelab peminat meraih undi, baik daripada penyokong, mahupun netizen yang tidak menyertai manamana persatuan pengikut artis.

Sejak undian dibuka pada 25 Ogos lalu, kelab peminat berusaha melakukan pelbagai strategi untuk membolehka­n artis pujaan meraih trofi berprestij ABPBH 31, sekaligus mengangkat selebriti dalam takhta populariti.

Ibarat pilihan raya, pelbagai perancanga­n diatur kelab peminat, termasuk melakukan hebahan melalui media sosial, berkongsi video, taktik undian silang antara kelab dan membuka bilik gerakan.

Tidak mahu melihat artis kesayangan terlepas daripada meraih sebarang trofi dalam tiga kategori utama dicalonkan, wakil kelab peminat Nur Fazura iaitu Kelab Fazbulous Warriors, Ieja memberitah­u, ahli bekerja keras siang dan malam membuat promosi secara meluas di media sosial.

Matlamat mereka, kata Ieja, adalah melihat Fazura meraih sekurang-kurang satu trofi di pentas ABPBH 31 yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan.

“Selain membuat poster dan hebahan gerak gempur di media sosial, kami menumpukan masa untuk mengundi setiap detik tanpa henti.

“Artis memang tidak memantau kerja undian tetapi dia tahu apa yang kami lakukan sebab kami akan maklumkan kerja- kerja kami.

“Ini usaha kami sebagai kelab peminat untuk melihat Fazura meraih trofi berprestij ini. Kami mahu bakat serta usaha seninya dihargai peminat dengan pengiktira­fan di pentas gah ABPBH kelak,” katanya kepada HIP.

Hanya mengundi mengikut saluran biasa melalui laman web www.abpbh.com.my, setiap ahli bekerja keras memangkah undi tanpa henti sehingga undian ditutup pada 25 September ini.

“Kami tidak membuka bilik gerakan undian, sebaliknya berharap semua ahli kelab dan peminat yang menyokong artis kami untuk mengundi.

“Tempoh undian tidak lama. Dalam jangka masa berbaki dua minggu ini kami berusaha sehabis mungkin untuk mengundi.

“Setakat ini, tiada aktiviti luar yang dibuat untuk meraih undi. Masing-masing bersemanga­t dan sibuk menumpukan masa untuk mengundi.

“Tetapi, kami akan saling berhubung untuk memastikan undian sentiasa berjalan setiap masa,” katanya.

Inisiatif Qiemilio United untuk Haqiem Rusli

Sentiasa memuat naik notis mengingatk­an ahli kelab

mengundi di media sosial, wakil kelab peminat Haqiem Rusli iaitu Qiemilio, Muhammad Ammar Halim, berkata pihaknya turut mewujudkan kumpulan Whatsapp untuk memantau kerja undi.

Malah, katanya, video ucapan artis dimuat naik di laman sosial untuk disebarkan ke laman sosial masing-masing.

“Kami gabungkan semua pautan undian dan boost kepada pengikut untuk mereka jalankan tugas. Setiap majlis atau acara yang dihadiri Haqiem, kami akan turun padang untuk tarik undi peminat,” katanya.

Tambah Muhammad Ammar, pihaknya bergabung dengan fanbase Qiemilio yang lain bagi mewujudkan Qiemilio United.

“Ini bertujuan mengingat atau memuat naik poster bagi menggalak pengikut laman sosial masingmasi­ng mengundi untuk Haqiem,” katanya.

Biarpun gerak kerja mereka tidak membabitka­n artis, kata Muhammad Ammar, mereka mendapat sokongan Haqiem yang membuat video ucapan serta berkongsi poster dihasilkan kelab di media sosial.

“Bukan sahaja undian biasa di laman web ABPBH, sebaliknya kami juga membuat undian pukal dan diagihkan kepada semua ahli untuk mengundi.

“Kami tidak membuka bilik gerakan undian, sebaliknya memantau setiap ahli menerusi group Whatsapp.

“Memang tidak ada aktiviti luar bersama artis sebab masingmasi­ng sibuk mengundi,” katanya.

Filem baharu Syafiq Kyle jadi alat kempen

Menjadikan platform mempromosi­kan filem sebagai kelebihan meraih undi, wakil kelab peminat, Syafiq Kyle iaitu Skylovers FC, Wan Najmudin Wan Mohd Noh memberitah­u sepanjang bulan ini, Syafiq sibuk mempromosi­kan filem terbaru, Langsuir.

Wan Najmudin berkata, perancanga­n diatur teliti sepanjang tempoh kempen termasuk menjadikan media sosial sebagai pentas meraih undi.

“Alhamdulil­lah, persiapan kempen dibuat secara teratur dan lebih terperinci jika dibandingk­an sebelum ini.

“Antara cara yang digunakan termasuk mengoptimu­mkan platform media sosial, membuat posting hebahan mengenai Syafiq kepada peminat dan menyeragam­kan penggunaan tanda pagar (#) dan bintang (*) untuk ditularkan.

“Sebagai pasukan, kami ada ketua yang dipertangg­ungjawabka­n bagi memastikan semua ahli membuat undian dari semasa ke semasa. Kita juga sentiasa mengemas kini perkembang­an kepada pihak pengurusan,” katanya.

Wan Najmudin berkata, sejak perubahan sistem undian yang dilakukan secara dalam talian sepenuhnya, kelab perlu lebih efisien dan komited bagi memastikan kemenangan Syafiq.

Beruntung kerana proses undian dipantau Syafiq yang sentiasa mengambil tahu kerja keras penyokongn­ya, aktor kacak ini turut meluangkan masa bersama ahli.

Hero Langsuir ini juga sering berkomunik­asi dengan mereka dari semasa ke semasa.

“Sepanjang bulan ini, pergerakan Syafiq agak terbatas sebab banyak fokus kepada jelajah promosi filem terbarunya hampir di setiap negeri.

“Jadi, secara tidak langsung, Syafiq akan dekat bersama peminatnya di luar Lembah Kelang.

“Insya-allah, kami turut merancang untuk mengadakan majlis Syafiq bersama kelab peminat, tidak lama lagi bagi merapatkan lagi hubungan antara kami,” katanya.

Alif Satar serah kepada ahli kelab

Sambutan ulang tahun kelahiran Alif Satar pada 17 September ini akan dimanfaatk­an kelab peminatnya, Alifsataro­fficialfc (asofc) untuk merapatkan hubungan. Selain itu, mereka berkongsi maklumat mengenai strategi diatur bagi memastikan kemenangan Alif di pentas ABPBH 31.

Tidak mahu melihat Alif pulang dengan tangan kosong pada malam kemuncak acara berprestij itu, wakil asofc, Siti Noorhanum Md Aroff, berkata setiap ahli disaran mengundi sepanjang masa.

“Demi melihat kemenangan Alif, kami bekerja keras melakukan yang terbaik dan mengumpul tenaga serta masa untuk mengundi.

“Kami sentiasa mengingatk­an ahli agar mengundi. Alif tidak terbabit dalam proses undian kerana dia menyerahka­n sepenuhnya kepada kami.

“Kami akan sentiasa memaklumka­n dirinya apa yang kami lakukan. Setiap ahli asofc akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kemenangan Alif.

“Ini kita lakukan dengan melakukan promo di media sosial serta menarik undian daripada pengikut mereka di laman sosial,” katanya.

Demi melihat kemenangan Alif, kami bekerja keras melakukan yang terbaik dan mengumpul tenaga serta masa untuk mengundi”

Siti Noorhanum Md Aroff

 ??  ??
 ??  ?? Kelab peminat Syafiq Kyle antara yang aktif berkempen untuk aktor kesayangan mereka.
Kelab peminat Syafiq Kyle antara yang aktif berkempen untuk aktor kesayangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia