Berita Harian

Neymar berang layanan pengadil

Dilayang kad kuning selepas diasak pemain El Salvador

-

Neymar menganggap kad kuning diterima ketika kemenangan 5-0 Brazil ke atas El Salvador dalam aksi persahabat­an kelmarinse­bagai kurang hormat.

Penyerang Paris Saint-germain itu menerima kad kuning dalam aksi separuh masa pertama di Stadium Fedexfield, Washington selepas diasak pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Dia kemudian dilayangka­n kad kuning selepas sengaja menjatuhka­n badan sekali gus tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.

“Saya tak tahu apa nak buat dengan hidup cara ini,” kata pemain berusia 26 tahun itu kepada warta- wan.

“Saya tak boleh tahan dengan hadangan seperti itu. Saya rasa ia perlu berakhir. Keputusan pengadil adalah kurang hormat bukan sahaja kepada saya tetapi rakan sepasukan.”

Tak patut dilayang kad

Neymar berang dengan pengadil Jair Marrufo dan mendakwa dia boleh menerima keputusan tidak memberikan penalti tetapi melayangka­n kad kuning kepadanya adalah melampau.

“Beraksi dengan kad kuning adalah sukar,” kata Neymar.

“Marrufo datang ke sini untuk mengendali­kan perlawanan Brazil, sebuah pasukan hebat, tetapi dia melakukan ini, saya rasa ia tidak betul.

“Jika dia tak mahu beri penalti tiada masalah tetapi kad itu tidak sepatutnya.”

Neymar menjaringk­an gol pembukaan melalui sepakan penalti selepas empat minit perlawanan bermula dan Richarliso­n, Philippe Coutinho, Marquinhos turut mencipta jaringan.

 ??  ?? Neymar
Neymar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia