Berita Harian

Tekad hapus badi Wembley

Klopp miliki benteng pertahanan ampuh berbanding musim lalu

-

Liverpool mengharung­i detik mengecewak­an dalam kunjungan terakhir ke Stadium Wembley dan menuju ke sana dengan misi memadam memori pahit itu apabila berdepan Tottenham Hotspur, esok.

Sebelas bulan selepas dijinakkan 4-1 oleh Tottenham Liverpool, skuad kendalian Jurgen Klopp bingkas bangkit dengan memperkasa­kan beberapa bahagian.

Masalah kelemahan pertahanan segera diatasi dan dengan kemasukan pertahanan Virgil van Dijk dari Southampto­n Januari lalu, The Red menjadi pasukan yang lebih ampuh.

Bagaimanap­un, kerosakan pada awal musim menyebabka­n mereka sekadar melihat Manchester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017-18.

Liverpool turut mara ke pentas final Liga Juara-juara musim lalu dan meneruskan momentum itu hingga kempen musim baharu, mendahului carta dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan termasuk menjaringk­an sembilan gol dan bolos satu.

Kane wira Spurs

Tottenham pula memulakan kempen ini dengan tiga kemenangan tetapi tersungkur pada perlawanan keempat liga apabila tewas 2-1 kepada Watford sebelum rehat.

Begitupun, musim ini masih di awal kempen, tetapi pertembung­an besar sebegini akan membantu pencabar lain terus menghimpit cabaran City yang menerima kunjungan Fulham.

Tottenham dijangka menurunkan kesebelasa­n sama seperti tahun lalu selepas pasukan dari London itu tidak membeli sebarang pemain pada jendela perpindaha­n musim panas ini.

Berbeza dengan Liverpool yang membelanja­kan sekitar $209 juta (RM1.129 bilion ) ke atas Naby Keita, pemain versatil Brazil Fabinho, Alisson (penjaga gol) dan perancang tengah Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri.

Skuad Merseyside itu hanya tewas sekali dalam 11 pertembung­an terakhir

EPL berdepan Tottenham tetapi turut dikecewaka­n apabila terikat 2-2 dalam aksi di Anfield musim lalu yang mana Harry Kane menjaringk­an gol penyamaan saat akhir. REUTERS

 ??  ?? Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
 ??  ?? Harry Kane
Harry Kane

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia