Berita Harian

Jalur Gemilang gergasi dibentuk guna bekas telur

-

Kuching: Lebih 1,500 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di Petra Jaya, di sini menampilka­n kelainan dengan membentuk replika Jalur Gemilang gergasi menggunaka­n bekas telur semalam.

Pengetuany­a, Affida Helmi berkata, idea itu diilhamkan seorang guru sekolah berkenaan sempena sambutan Hari Malaysia, Ahad ini.

Menurutnya, inisiatif itu ditampilka­n bagi menyemai semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah bagi meraikan pembentuka­n Malaysia.

“Jika sebelum ini, hanya sambutan seperti persembaha­n yang tidak disertai semua peringkat pelajar namun program ini dilihat mampu menyatukan warga sekolah termasuk alumni.

“Idea ini diilhamkan guru kimia Abdul Jaya Manan bulan lalu sebelum pelajar diminta mengumpul bekas telur untuk merealisas­ikan hasrat itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

10,296 bekas telur

Jalur Gemilang bersaiz 910 meter persegi itu mengambil masa satu jam disusun 116 pelajar Tingkatan Empat menggunaka­n 10,296 bekas telur yang disumbangk­an pelajar, guru, kakitangan awam dan alumni.

Sebanyak 476 liter cat merangkumi warga merah, putih, biru dan kuning digunakan untuk mewarna bekas telur mengikut warna Jalur Gemilang.

Beliau berkata, sikap saling kerjasama dilihat mampu diperkukuh­kan menerusi program ini kerana ia membabitka­n semua peringkat bermula daripada pelajar sehingga pentadbir.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Sebahagian warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg membina replika Jalur Gemilang gergasi daripada menggunaka­n bekas telur, di Kuching, semalam.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Sebahagian warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg membina replika Jalur Gemilang gergasi daripada menggunaka­n bekas telur, di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia