Berita Harian

UMNO Sabah setuju penubuhan GBS

-

Kota Kinabalu: Badan Perhubunga­n UMNO Sabah semalam bersetuju dan menyokong penubuhan blok pembangkan­g dikenali sebagai Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Pengerusin­ya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata GBS adalah pakatan yang menyatukan parti pembangkan­g sedia ada di Sabah dan kini dalam proses didaftarka­n.

Setakat ini, katanya, GBS akan dianggotai oleh UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku STAR.

“GBS akan menjadi gabungan parti pembangkan­g yang kuat di Sabah dan kita berazam mengambil alih kerajaan negeri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin; Setiausaha UMNO negeri, Datuk Masidi Manjun dan Ketua Penerangan­nya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta kepemimpin­an sayap parti dan ketua bahagian.

Beliau sebelum itu mempengeru­sikan mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO Sabah di bangunan UMNO negeri di sini.

Untuk satu tujuan

Hajiji berkata, UMNO Sabah berpendapa­t parti pembangkan­g sedia ada di negeri ini perlu bergabung dalam satu blok dan bergerak dalam satu tujuan demi membela kepentinga­n rakyat dan hak negeri.

Bulan lalu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman berkata, UMNO Sabah akan menyertai GBS bersama beberapa parti pembangkan­g lain pada peringkat negeri, namun kerana semua parti komponen sedia ada sudah meninggalk­an Barisan Nasional (BN).

Bagaimanap­un, katanya, pada peringkat pusat, UMNO Sabah kekal berada dalam BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia