Berita Harian

Gabungan baharu UMNO-PAS

Gabungan untuk hadapi Kerajaan Pakatan

- Oleh Helmy Abd Rahman dan Zaid Salim cnews@nstp.com.my

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang membayangk­an akan lahir satu barisan baharu pembangkan­g bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Beliau memberi analogi bahawa setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu seperti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) sekarang ini

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang semalam membayangk­an kemungkina­n wujud satu barisan baharu pembangkan­g bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Hadi berkata, beliau berpendapa­t setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu.

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum Barisan Nasional - BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," katanya.

"Dan akan berlaku satu perubahan yang lain, ...akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," katanya sambil menambah PH sendiri sedang berpecah dan jika berterusan mungkin tak lama lagi pakatan itu pula jadi pembangkan­g.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Ketua DHPP, N Balasubram­aniam.

PAS sedang mengadakan muktamar tahunannya hingga esok.

Ditanya adakah kenyataan beliau akan wujud barisan baharu itu bermaksud BN akan berkubur, Hadi berkata: “Saya tak berani kata (BN) akan terkubur cuma saya rasa akan ada perubahan politik dan diikuti perubahan gagasan parti politik sama ada kerajaan atau pembangkan­g.

"Kalau komunis yang diharamkan (pun) tak terkubur, ...BN bukan diharamkan," katanya.

Babitkan gabungan

Hadi juga tidak menjawab apabila ditanyakan sama ada perubahan itu akan membabitka­n gabungan PAS dan UMNO secara rasmi.

"Saya tak boleh jawab (soalan) andaian," katanya sambil menambah PAS sentiasa bekerjasam­a dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

Ketika negara semakin menghampir­i Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) PAS dilihat bersikap semakin lunak kepada UMNO walaupun di atas kertas kedua-dua parti berseteru dengan satu sebagai kerajaan dan satu lagi pembangkan­g.

Bagaimanap­un, selepas 9 Mei, UMNO dan BN gagal mendapat mandat untuk kekal menjadi kerajaan dan terpaksa menjadi pembangkan­g. PAS pula kekal pembangkan­g kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Perkembang­an itu menyaksika­n kedua-dua parti semakin akrab dan secara terbuka menjalin kerjasama walaupun belum ada ikatan rasmi.

Ketika ini, BN kini hanya dianggotai UMNO, MCA dan MIC apabila parti lain mengambil keputusan meninggalk­an gabungan itu selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Dalam perkembang­an lain, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS berdepan kesukaran memajukan Terengganu dan Kelantan berikutan banyak perkara memerlukan kelulusan kerajaan Pusat, terutama membabitka­n hal ehwal ekonomi.

Menyentuh mengenai DHPP, beliau berkata entiti itu akan diaktifkan secara lebih agresif untuk menarik lebih ramai golongan bukan Islam menyokong PAS.

Katanya, golongan bukan Islam boleh menilai sendiri pentadbira­n PAS yang adil untuk semua kaum dengan mengambil contoh di Terengganu dan Kelantan.

Kalau Perikatan (gabungan sebelum Barisan Nasional - BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia”

Hadi Awang, Presiden PAS

Polemik kerjasama politik UMNO dan PAS bukanlah perkara baharu. Isu ini tenggelam timbul tetapi tidak pernah hilang daripada radar politik di negara. UMNO dan PAS pernah bekerjasam­a dalam kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Kerjasama itu diperkukuh­kan lagi dengan kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN). Selepas menang 14 kerusi Parlimen dalam PRU 1974, pemimpin PAS diberikan jawatan dalam Kabinet dan beberapa portfolio penting dalam kerajaan.

Presiden PAS ketika itu, Allahyarha­m Tan Sri Mohd Asri Muda dilantik sebagai Menteri Tanah, Galian dan Tugas-tugas Khas, manakala Allahyarha­m Yusuf Rawa diamanahka­n sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran.

Kerjasama UMNO dan PAS tidak dapat dikekalkan dan akhirnya PAS dikeluarka­n daripada BN pada 1978. Banyak faktor menyumbang kepada perpecahan ini.

Menurut Datuk Mustafa Ali, iaitu pemimpin PAS yang paling berpengala­man dalam kerjasama ini, persaingan UMNO dan PAS dalam mengumpulk­an pengaruh orang Melayu sudah menyebabka­n pertelingk­ahan di antara mereka.

Meskipun pada awalnya, keduadua buah parti ini bekerjasam­a untuk memperjuan­gkan kuasa politik Melayu, tetapi persaingan sama sendiri mengakibat­kan kerjasama terhenti. Hal ini, dapat difahami kerana latar sokongan UMNO dan PAS adalah sama, iaitu orang Melayu-islam.

Bantu ketika lemah

Kerjasama UMNO dan PAS sering berlaku apabila sokongan rakyat terhadap UMNO merosot. Dalam kata lain, kerjasama ini jarang berlaku ketika UMNO kuat. Oleh sebab itu jugalah, ada segelintir ahli PAS yang masih ragu-ragu dengan kerjasama ini kerana bagi mereka, UMNO tetap lawan.

Bagi PAS, bekerjasam­a atau tidak, parti itu tetap meneruskan survivalny­a. Buktinya, tanpa kerjasama politik, PAS berjaya mengekalka­n Kelantan dan merampas Terengganu dalam PRU-14. Hanya bergerak bersendiri­an dengan sedikit sokongan parti kecil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), PAS memperoleh 18 kerusi Parlimen.

Kemunculan semula kerjasama UMNO dan PAS selepas PRU-14 atas nama ‘taawun siyasi’ atau persefaham­an politik, membuka kembali cerita lama. Akan tetapi, kerjasama kali ini nampak lebih serius dan terzahir, bukan lagi dibuat secara sembunyi-sembunyi.

Kerjasama dalam bentuk pakatan pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dan Seri Setia memperliha­tkan pemimpin UMNO dan PAS duduk semeja untuk menyatukan suara pembangkan­g melalui kekuatan politik Melayu-islam.

Walaupun kerjasama ini masih dilihat gagal mengatasi kekuatan calon Pakatan Harapan, UMNO dan PAS dilihat masih berminat untuk meneruskan­nya dalam

PRK Port Dickson akan datang.

Muktamar PAS Ke-63 yang bermula semalam dijangka memberi fokus kepada isu kerjasama politik dengan UMNO. Kebiasaann­ya, isu utama yang memerlukan keputusan bersama, akan diputuskan dalam muktamar dan kemudian dimuktamad­kan oleh Majlis Syura Uiama.

Tiada tentangan

Kita tidak menjangka akan timbul banyak persoalan atau tentangan kerana kerjasama ini dilihat sangat relevan dalam menyatukan suara politik Melayu-islam masa kini.

UMNO pula dilihat pihak yang lebih bersungguh-sungguh mahu berdamai dengan PAS. Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin utama parti dilaporkan akan hadir ke Muktamar PAS kali ini.

Ketika PAS memulakan kerjasama dengan pakatan pembangkan­g pada 1998 dengan nama Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (PR), nada dalam ucapan pemimpin parti dalam muktamar sangat optimistik terhadap persefaham­an politik.

Ketika itu, PAS meminggirk­an soal perbezaann­ya dengan parti lain, terutama DAP kerana perjuangan utama ialah menegakkan keadilan dan kemanusiaa­n. Agenda bersama lebih diutamakan, berbanding agenda peribadi.

Justeru, nada seumpama ini boleh dihayati dalam menjalinka­n persefaham­an politik antara PAS dan UMNO demi menjaga kepentinga­n agama Islam dan memperkuku­hkan kedudukan umat Islam di negara ini. Agenda ini juga tidak sepatutnya diragukan kerana ia bukanlah mengambil hak dan kepentinga­n kumpulan bukan Islam di negara.

Banyak pihak berharap agar kerjasama UMNO dan PAS ini bukan sekadar pakatan pilihan raya. Dalam kata lain, hanya berkawan ketika pilihan raya. Sebaliknya, kerjasama ini perlu diteruskan melangkaui pilihan raya dan mempunyai agenda besar yang konkrit dan berterusan.

Bekerjasam­a tidak semestinya bergabung menjadi satu entiti, tetapi berstrateg­i untuk kepentinga­n bersama dengan semangat keikhlasan dan kejujuran yang tinggi.

Meskipun perspektif politik Malaysia Baharu menjulang nilai yang lebih universal dan terbuka, tidak dinafikan bahawa faktor agama dan etnik masih penting dalam politik di Malaysia. Politik orang Melayu, khususnya di luar bandar secara umumnya masih lagi konservati­f. Mereka masih lagi berpegang dan percaya kepada nilai agama dan tradisi.

Di Indonesia, Presiden Jokowi Widodo memilih tokoh agama atau Islamis sebagai calon wakil Presiden dalam Pemilihan Umum 2019. Gandingan nasionalis dan Islamis menjadi pilihan Jokowi untuk mengekalka­n kepemimpin­annya. Cerita ini mirip dengan kerjasama yang berlaku di antara UMNO dan PAS.

Sokongan bukan Melayu tak boleh diketepika­n

Bagaimanap­un, dalam usaha memperkuat suara politik Melayu-islam, kerjasama UMNO dan PAS perlu juga melihat sokongan bukan Melayu. Kumpulan bukan Melayu tidak boleh diketepika­n kerana sokongan mereka juga penting bagi memenangi pilihan raya dan menubuhkan kerajaan. Imej ultra Melayu-islam dalam kerjasama UMNO dan PAS tidak wajar menimbulka­n kegerunan parti bukan Melayu untuk bersama-sama mereka.

Lumrah dalam bekerjasam­a, ada yang kekal dan ada yang bercerai. UMNO dan PAS perlu membuktika­n kerjasama ini boleh diteruskan sekurang-kurangnya sehingga berlangsun­gnya PRU-15 nanti. Kedudukan UMNO dan PAS sebagai parti pembangkan­g memudahkan kerjasama politik berbanding sebelum ini.

Paling penting, kerjasama ini tidak hanya bermain emosi dan sentimen, tetapi mempunyai agenda besar tersusun dan bertulis untuk kebaikan Melayu-islam khususnya dan rakyat Malaysia secara keseluruha­nnya.

Agenda ini, termasuk meningkatk­an keadilan sosial dan menjadikan orang Melayu maju dalam pemikiran, mampu bersaing dan mandiri.

Lumrah dalam bekerjasam­a, ada yang kekal dan ada yang bercerai. UMNO dan PAS perlu membuktika­n kerjasama ini boleh diteruskan sekurangku­rangnya sehingga berlangsun­gnya PRU-15 nanti. Kedudukan UMNO dan PAS sebagai parti pembangkan­g memudahkan kerjasama politik berbanding sebelum ini”

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Muktamar PAS Ke-63 dijangka memberi fokus kepada isu kerjasama politik dengan UMNO.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Muktamar PAS Ke-63 dijangka memberi fokus kepada isu kerjasama politik dengan UMNO.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia