Berita Harian

PAC AKAN PANGGIL HUSNI HANADZLAH, JOHARI GHANI

Keterangan dua bekas Menteri Kewangan bantu siasatan PAC

- Oleh Rohaniza Idris roha@nstp.com.my

Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua bekas Menteri Kewangan berhubung prosiding tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM19.4 bilion.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata dua menteri itu adalah bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang akan memberi keterangan di hadapan PAC apabila prosiding itu disambung semula pada 25 September ini.

PAC memulakan prosiding pertamanya membabitka­n isu tuntutan tunggakan bayaran GST pada Rabu dan kelmarin.

“Pemilihan isu ini dipersetuj­ui sebulat suara semua 13 ahli PAC memandangk­an ia membabitka­n kepentinga­n rakyat dan negara selepas perkara berkenaan dibangkitk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat pada awal Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ronald berkata, pada prosiding Rabu lalu, PAC memanggil Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m, memberi penjelasan di hadapan PAC.

Panggil beberapa saksi lain

Kelmarin, bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan.

“Mohd Irwan hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan (Dasar), Datuk Siti Zauyah Md Desa, yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaha­raan bagi memberi penjelasan mengenai isu yang sama,” katanya.

Beliau berkata, PAC juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi memberikan penjelasan berhubung isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan benar-benar menyeluruh.

“PAC tidak menetapkan sebarang garis masa bagi merumuskan siasatan itu sebelum membentang­kan laporannya ke Dewan Rakyat,” katanya.

Ronald berkata rumusan serta cadangan Laporan PAC berhubung isu berkenaan, sudah pasti mendapat input serta pandangan daripada ex-officio PAC dalam memastikan laporan itu benar-benar komprehens­if, telus serta menyeluruh sebelum ia dibentangk­an di Dewan Rakyat dan menjadi dokumen awam.

PAC dianggotai 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g selain wakil tetap (ex-officio) kementeria­n dan jabatan seperti Kementeria­n Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Perkhidmat­an Awam, Jabatan Akauntan Negara dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia