Berita Harian

Dua direman, seorang diburu

Dua suspek ditahan bantu siasatan kes aniaya, bunuh haiwan

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Dua daripada tiga suspek kes bunuh kucing bunting dalam mesin pengering sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria di sini, direman empat hari bermula semalam hingga Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata perintah tahanan reman terhadap dua suspek berkenaan dikeluarka­n Mahkamah Majistret Gombak pagi semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh haiwan.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan ditahan sekitar Gombak oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak awal pagi semalam.

Buru seorang lagi suspek

“Kedua-duanya ditahan awal pagi tadi (semalam) di sekitar Gombak hasil risikan polis selain maklumat orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanap­un katanya, polis masih memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.

Kelmarin, polis mendedahka­n gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendak­i kerana melakukan penganiaya­an dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek diburu selepas mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan ‘memanggang­nya’ dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, jam 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Bangkai kucing berkenaan ditemui seorang pelanggan pada jam 10.30 pagi ketika ingin menggunaka­n mesin pengering berkenaan sebelum sebuah pertubuhan membela haiwan melaporkan kejadian kepada polis.

Perlakuan kejam serta tidak bertamadun mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta viral di media sosial mendapat kecaman masyarakat di negara ini yang berharap agar hukuman berat dikenakan kepada pelaku termasuk penjara dan bukan sekadar hanya dikenakan denda.

Kedua-duanya ditahan awal pagi tadi (semalam) di sekitar Gombak hasil risikan polis, selain maklumat orang ramai” Samsor Maarof,

Ketua Polis Daerah Gombak

 ?? [FOTO EMAIL NSTP] ?? DIREMAN DIREMAN DIBURU
[FOTO EMAIL NSTP] DIREMAN DIREMAN DIBURU
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia