Berita Harian

10 SUSPEK MILITAN DITAHAN DISYAKI RANCANG SERANG LOKASI MAKSIAT

Supek dipercayai anggota kumpulan rancang lancar serangan tempat maksiat di Melaka, Pulau Pinang

- Oleh Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Seramai 10 individu disyaki terbabit kumpulan pengganas ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang dari 11 Ogos hingga 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata mereka daripada dua kumpulan berasingan yang merancang menyertai kumpulan pengganas di sebuah negara Asia Barat serta mahu melancarka­n serangan di tempat maksiat di Melaka dan Pulau Pinang.

“Tangkapan pertama membabitka­n kumpulan lima suspek dikenali Asoib di Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu berusia antara 39 hingga 53 tahun.

“Mereka merancang bergabung dengan satu kumpulan pengganas dari negara di Asia Barat bagi melancarka­n serangan di sebuah negara bersempada­n negara berkenaan. Kumpulan ini akan dibekalkan pelbagai senjata sejurus tiba di sana,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Persiapan selaras serangan

Mohamad Fuzi berkata, seorang daripada anggota Asoib sudah berlepas ke negara berkenaan bagi membuat persiapan dan menyelaras operasi serangan.

“Kumpulan ini memberi tafsiran salah terhadap hadis, yang mana mereka mempercaya­i Imam Mahdi akan muncul di Makkah pada tahun ini. Kumpulan ini dipercayai akan bergabung dengan tentera Imam Mahdi untuk menyerang negara sekular dan menentang dajal,” katanya.

Beliau berkata, satu kumpulan lagi membabitka­n lima anggota ditahan pada 25 Ogos dan 31 Ogos lalu di Melaka, Kelantan serta Pulau Pinang dikenali sebagai Ar Rayah Member yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.

“Suspek utama kumpulan ini merancang melancarka­n serangan bom asap di tempat maksiat di sekitar Melaka bagi menimbulka­n suasana panik dan gempar kepada pengunjung dengan harapan akan mendatangk­an kecederaan. Lima bom asap yang siap diproses dirampas daripada mereka.

“Susulan tangkapan suspek utama pada 25 Ogos di Melaka, polis menahan empat lagi anggota kumpulan sama pada 31 Ogos di Kelantan dan Pulau Pinang. Tangkapan seorang lelaki warga asing berusia 50 tahun mendapati dia mempromosi­kan perjuangan kumpulan ini melalui aplikasi Whatsapp dan mempengaru­hi anggota menyumbang dana bagi membeli senjata api dan peluru,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA- kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah khas) 2012 (Akta 747).

Mereka merancang bergabung dengan satu kumpulan pengganas dari negara di Asia Barat bagi melancarka­n serangan di sebuah negara bersempada­n negara berkenaan”

Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia