Berita Harian

Shafee nak sangat jadi Peguam Negara: Tun M

Peguam pernah suarakan hasrat terajui pendakwaan kes liwat 2.0 babit Anwar

- Oleh Manirajan Ramasamy, Hidir Reduan, Mohd Iskandar Ibrahim dan Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah pernah menyuaraka­n hasrat untuk menjadi Peguam Negara dan menerajui pendakwaan kes liwat 2.0 membabitka­n Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Muhammad Shafee ada berjumpa dengannya dan memberitah­u Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mampu melakukan pendakwaan terhadap Anwar.

“Muhammad Shafee nak sangat menjadi Peguam Negara, beliau datang jumpa saya dan memberitah­u Peguam Negara ketika itu tidak boleh melakukan pendakwaan terhadap kes Anwar.

“Beliau yakin boleh menang. Saya kata, kalau yakin boleh menang, pergi beritahu (Datuk Seri) Najib Razak. Ketika itu, saya masih berkawan baik dengan Najib,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhammad Shafee yang mendakwa Dr Mahathir yang mengarahka­nnya supaya mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam kes liwat 2.0.

Sindir Shafee

Dr Mahathir turut menyindir Muhammad Shafee kononnya beliau amat menyayangi peguam berkenaan.

“Berdasarka­n apa kata dia (Muhammad Shafee), saya sayang beliau sangat, kalau tidak dijadikan Peguam Negara, saya akan menentang Najib. Kali ini, saya menentang Najib sebab balas dendam,” katanya.

Muhammad Shafee sebelum ini mendakwa Dr Mahathir yang mahukannya mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar kerana tidak yakin terhadap kemampuan Peguam Negara ketika itu.

 ??  ?? Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat bersama Pimpinan Tertinggi BERSATU di Ibu Pejabat BERSATU, semalam.
Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat bersama Pimpinan Tertinggi BERSATU di Ibu Pejabat BERSATU, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia