Berita Harian

Faktor luar pengaruhi nilai ringgit

-

Petaling Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ringgit ketika ini berada di bawah nilai sebenar disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

Perdana Menteri berkata, selain faktor ekonomi dunia, penyusutan nilai ringgit turut disebabkan oleh perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China.

“Semua nilai mata wang dunia mengalami penyusutan. Bukan saja Malaysia, malah matawang Argentina dan Turki turut terkesan.

“Ringgit kini berada di bawah nilai sebenar,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, semalam.

Luah kegusaran

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini meluahkan kegusaran beliau mengenai nilai ringgit yang dikatakan semakin menyusut sehingga ke paras terkini RM4.15.

Najib berkata, trend naik turun ringgit sebelum ini banyak bergantung kepada harga minyak dunia dan secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik serta sebaliknya.

Begitupun, katanya, trend berkenaan sudah bercanggah kerana walaupun harga minyak semakin tinggi sehingga AS$78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh, sebaliknya turun 30 sen sehingga RM4.15.

Semua nilai mata wang dunia mengalami penyusutan. Bukan sahaja Malaysia, malah matawang Argentina dan Turki turut terkesan. Ringgit kini berada di bawah nilai sebenar”

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia