Berita Harian

BERSATU buka bahagian, cawangan di Sarawak

-

Petaling Jaya: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membuka bahagian dan cawanganny­a di Sarawak secepat mungkin, kata Pengerusin­ya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, perkara itu perlu kerana BERSATU akan mengadakan mesyuarat agungnya pada September tahun depan.

“Kita akan susun parti dengan menubuhkan cawangan yang akan didaftarka­n supaya setiap cawangan boleh menghantar wakil ke mesyuarat bahagian dan bahagian pula boleh menghantar wakil ke mesyuarat agung,” katanya pada sidang media di selepas mengadakan mesyuarat kepemimpin­an tertinggi di Ibu Pejabat BERSATU di sini, semalam.

Hormati pandangan

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Dr Mahathir berkata, partinya sedia maklum dengan perkembang­an politik termasuk kenyataan dikeluarka­n netizen di media sosial.

“BERSATU mengambil perhatian maklum balas rakyat di media sosial dan seboleh-bolehnya kita akan hormati pandangan mereka.

“Itu semua diambil perhatian kerana ia memberi kesan kepada parti dan kerajaan.

“Kita ambil perhatian masalah dihadapi kerajaan sekarang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan lalu, kita dapati banyak masalah dan kita berpendapa­t sebahagian janji yang terdapat dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) boleh menimbulka­n banyak masalah.

“Jika kita laksanakan, kita akan mengalami kerugian amat besar, perlu ada kajian semula kerana janji yang kita buat penyelidik­an ketika itu, kita percaya akan kalah (Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia