Berita Harian

Hentikan provokasi terhadap Islam: Idris

-

Kuala Terengganu: Pihak yang gemar menyentuh sensitivit­i umat Islam diingatkan supaya berhenti melakukan provokasi dan polemik yang boleh menjejaska­n keharmonia­n rakyat negara ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata kes sebatan syariah terhadap dua wanita yang mengaku melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjadi bukti tujuan jahat pihak tertentu mencetuska­n provokasi dan polemik untuk menghuru-harakan keharmonia­n negara.

Katanya, sebatan terhadap pesalah sudah lama dilaksanak­an dalam kes jenayah sivil, namun tidak pernah dipertikai­kan pihak berkenaan, walaupun kesan hukuman itu jauh lebih dahsyat berbanding sebatan syariah yang lebih ringan.

“Soal Islam ini soal yang sensitif. Sebab itu perkara yang berkenaan Islam ini tidak perlu dipolemikk­an dan diprovokas­i kerana ia tidak baik dan menjejaska­n ketenteram­an dan kedamaian dalam negara kita.

“Isu lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT) ini cerita lama dan mereka ini sudah ada satu gerakan bukan sahaja di Malaysia, tetapi dunia.

“Apabila isu sebat dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, mereka bising. Mereka lupa dalam masa sama sebatan sivil yang cukup zalim dan menganiaya pesalah, tetapi kenapa tak pernah dihebohkan?

Sebatan syariah

“Sebenarnya mereka tak mahu dengar ada perkataan syariah di hujung itu, mereka alah dengan perkataan syariah itu, menyebabka­n mereka tak mahu perkara ini (sebatan syariah) dihayati masyarakat untuk kebaikan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Ke-58 di Taman Tamadun Islam di sini, semalam.

Yang turut hadir menyertai lebih 700 perwakilan dan ahli PAS pada muktamar itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh; Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Zarani Othman serta wakil jemputan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan barisan EXCO Wanita UMNO.

Idris yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, berkata apa yang berlaku adalah kesan daripada permasalah­an yang tidak diselesaik­an mengikut perintah Allah.

“Mereka ini (golongan LGBT) boleh kita santuni, tetapi bukan disanjungi apabila kita turuti kehendak mereka. Tetapi inilah yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Mereka lupa dalam masa sama sebatan sivil yang cukup zalim dan menganiaya pesalah, tetapi kenapa tak pernah dihebohkan?”

Idris Ahmad, Naib Presiden PAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia