Berita Harian

‘Latihan kerjasama PAS-UMNO’

-

Kuala Nerus: Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson membuka peluang PAS dan UMNO mengadakan latihan bersama membabitka­n kerjasama antara kedua-dua parti, kata Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Beliau berkata, PRK itu juga dijangka dapat meneruskan momentum pengukuhan sokongan daripada ahli kedua-dua parti selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia.

“Dalam negara demokrasi, kita boleh bertanding dan boleh letak jawatan. Kita anggap itu peluang mengadakan latihan bersama antara pembangkan­g.

“Pengalaman di Sungai Kandis dan Seri Setia menunjukka­n peningkata­n (undi), jika di Seri Kandis ‘gear’ satu, di Seri Setia sudah gear tiga yang menjadi petunjuk awal dan kita jangka Port Dickson (PD) akan meningkat lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kali Pertama di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, semalam.

Hantar berkempen

Hadi juga tidak menolak kemungkina­n PAS akan menghantar ahlinya berkempen bagi calon UMNO di PRK Port Dickson.

“Kita ada cawangan dan ahli di Port Dickson, malah yang di luar juga boleh kita gunakan sebagai jentera PRK. Bagaimanap­un, ia bergantung kepada keperluan,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Parlimen Port Dickson selepas penyandang­nya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menghantar notis pengosonga­n kerusi berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Rabu lalu.

Langkah itu sebahagian proses peralihan kuasa Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Nuridah Mohd Salleh berkata, semua ahli perlu sedar kerjasama PAS-UMNO penting, apatah lagi dengan status UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bukan lagi kerajaan pemerintah, tetapi menjadi pembangkan­g selepas PRU-14.

Katanya, usaha ta'awun syiasi (persefaham­an politik dan saling berbuat baik) di atas kejatuhan UMNO/BN tidak boleh dipandang sepi dan tidak perlu ada suara sumbang yang terbawa-bawa dengan angkara lepas tanpa melihat tugas dan tanggungja­wab dakwah dilakukan.

“Islam mengajar kita bekerjasam­a dalam kebajikan dan bukannya perkara maksiat terhadap Allah SWT.

“Kita diajar berlapang dada berta'awun dengan sesiapa saja yang sudi bersama dalam perkara kebajikan dan makruf, biarpun di pihak kerajaan atau pembangkan­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia