Berita Harian

Hasmah dilantik Pengerusi Jawatankua­sa Reformasi Cukai

Bekas Ketua Pengarah LHDN manfaat pengalaman 37 tahun

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah, yang berpengala­man lebih 37 tahun dalam pentadbira­n cukai, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Reformasi Cukai berkuat kuasa Rabu lalu.

Jawatankua­sa itu yang berperanan mengkaji semua sistem percukaian negara secara menyeluruh, turut dianggotai pakar dalam bidang pencukaian dan kewangan, Dr Verinderje­et Singh, Datuk Chua Tia Guan dan Amardeep Singh.

Yang turut menganggot­ai jawatankua­sa berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Cukai Kementeria­n Kewangan, Datuk Khodijah Abdullah dan timbalanny­a, Mohd Sakeri Abdul Kadir serta Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi Kementeria­n Kewangan, Mohd Hassan Ahmad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang mengumumka­n pelantikan ahli jawatankua­sa berkenaan, semalam, berkata kerajaan tidak merancang untuk menaikkan kadar cukai korporat dan individu.

Justeru, katanya, pendekatan yang lebih holistik perlu dilakukan dengan mereformas­i sistem pencukaian.

Sehubungan itu, Jawatankua­sa Reformasi Cukai yang akan mengkaji semula sistem pencukaian secara menyeluruh, turut ditugaskan untuk memperluas­kan dan mempelbaga­ikan hasil cukai tanpa meletakkan beban tambahan kepada rakyat, serta mencari cara untuk meminimumk­an kebocoran cukai.

“Sebarang cukai baharu perlu dipertimba­ngkan berdasarka­n kecekapan, sifat berkecuali, progresif, dan menggalakk­an kemampanan ekonomi jangka panjang serta peningkata­n produktivi­ti. Sekiranya dilaksanak­an dengan betul, sebarang langkah pencukaian boleh menjadi lebih bersasar dan progresif.

Tak beban rakyat pendapatan rendah

“Malah, sebahagian besar langkah cukai ini sudah dijalankan di negara maju dan di negara jiran. Yang penting sekali, langkah cukai ini tidak boleh membebanka­n golongan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Antara objektif utama jawatankua­sa berkenaan ialah mengenal pasti jurang pencukaian termasuk menangani masalah ketirisan cukai, pengenalpa­stian dan penerokaan sumber baharu pendapatan cukai, pengenaan cukai terhadap ekonomi digital, serta penyemakan ke- berkesanan insentif cukai mengikut tahap pematuhan syarat yang ditetapkan.

Mekanisme penguatkua­saan diperketat

Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memperkuat­kan lagi mekanisme penguatkua­saan dan pemantauan terhadap sebarang aktiviti penipuan, mengelak cukai dan penyeludup­an barang terkawal yang menyumbang kepada kehilangan hasil kerajaan.

“Kerajaan mengalami kerugian pendapatan akibat kegiatan penyeludup­an barangan haram dan aktiviti penyeludup­an tidak langsung yang mana beberapa pengekspor­t membuat pengisytih­aran palsu, atau mengeluark­an invois palsu.

“Aktiviti ini biasanya dibantu oleh ejen penghantar­an, ejen pemajuan dan ejen pengangkut­an. Kunci dalam memerangi aktiviti penyeludup­an di sempadan laut ataupun darat adalah memperkuat­kan dan menyelaras penguatkua­saan.

“Tumpuan lebih akan diberikan dalam memperkuku­hkan penguatkua­saan berhubung kes mengelak cukai yang berkaitan dengan menyalahgu­nakan pemindahan harga dan perancanga­n cukai oleh syarikat yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kerjasama antara pihak berkuasa dalam dan luar negara adalah penting dalam membantera­s rangkaian yang terbabit dalam aktiviti penyeludup­an dan mengelak cukai. Kerajaan juga akan mengeratka­n kerjasama antara pihak berkuasa pada peringkat domestik dan antarabang­sa,” katanya.

Guan Eng menjelaska­n, memandangk­an asas cukai sudah dikecilkan susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), kerajaan juga perlu mengkaji langkah selanjutny­a supaya dapat meningkatk­an kutipan cukai secara progresif tanpa membebanka­n golongan B40.

Katanya, kerajaan akan memastikan supaya ia mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi dan stabil bagi menunaikan segala tuntutan kewangan ke atasnya, sambil menjaga kemapanan fiskal dan memenuhi keperluan rakyat.

“Kerajaan juga perlu menangani jurang dalam kutipan hasilnya kerana kekurangan ini akan membataska­n usaha kerajaan menjalanka­n tanggungja­wab sosial dan pembanguna­n terhadap rakyat Malaysia.

“Kerajaan juga membuat keputusan untuk menghentik­an dan menangguhk­an beberapa projek infrastruk­tur yang mewah atas sebab kekangan kewangan, sambil berbelanja dengan lebih berhemat melalui penggunaan sistem tender terbuka dengan lebih meluas,” katanya.

 ??  ?? Hasmah Abdullah
Hasmah Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia