Berita Harian

Hishamudin anggap lantikan JAC suatu penghormat­an

-

Kuala Lumpur: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyifatka­n pelantikan­nya sebagai anggota Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman (JAC) sebagai tugas berat dan penting untuk negara khususnya terhadap badan kehakiman.

“Saya bersyukur dan gembira dengan perlantika­n ini, ia suatu penghormat­an. Saya akan menjalanka­n tugas dengan sebaiknya,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman ditubuhkan di Malaysia pada 2009 untuk memastikan pemilihan calon kehakiman tidak berat sebelah untuk pertimbang­an Perdana Menteri, yang mempunyai kata pemutus berhubung pelantikan hakim ke mahkamah tertinggi di negara ini.

Sebuah portal berita semalam melaporkan Mohd Hishamudin dilantik anggota JAC berkuat kuasa 4 September lalu.

Mohd Hishamudin dari Johol, Negeri Sembilan, bersara wajib sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 8 September 2015.

Beliau dilantik Pesuruhjay­a Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1995, manakala pada April 2009, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Antara keputusan penting

Antara keputusan penting Mohd Hishamudin adalah melalui penghakima­n Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembaga­an Persekutua­n.

Dalam keputusan majoriti 2-1 itu, Mohd Hishamudin berpendapa­t Seksyen 15(5)(a) berhubung larangan itu tidak munasabah dan tidak dapat melihat bagaimana sokongan atau bangkangan pelajar ke atas parti politik boleh memudaratk­an kepentinga­n atau moral awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia