Berita Harian

94,786 syarikat seluruh negara sudah daftar SST

-

Melaka: Sebanyak 94,786 syarikat di seluruh negara sudah membuat pendaftara­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sejak pelaksanaa­nnya pada 1 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkua­saan/pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Zulkifli Yahya, berkata pihaknya juga yakin jumlah syarikat yang berdaftar SST akan bertambah dalam tempoh terdekat.

“Selepas tempoh 14 hari pelaksanaa­n SST yang menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), 94,786 syarikat sudah berdaftar setakat hari ini (semalam).

“Bagaimanap­un, angka ini juga mungkin akan berubah sama ada turun atau naik. Ini kerana, ada di antara syarikat tidak layak dikenakan SST,” katanya selepas merasmikan program Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Tahun 2018 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, di sini, semalam.

Zulkifli turut meminta orang ramai mengikuti perkembang­an semasa bagi mengetahui sebarang perubahan harga barangan membabitka­n SST.

Program dekati orang ramai

“Sebarang pengumuman mengenainy­a (SST) akan dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menyenarai­kan barangan perlu dikenakan cukai. Jadi, saya minta orang ramai peka mengenainy­a.

“JKDM akan mengadakan program mendekati orang ramai seperti bimbingan berterusan dan ‘outreach’ bagi membantu berkaitan isu SST,” katanya.

Ditanya sama ada JKDM akan mengetatka­n laluan khas orang kenamaan (VIP) di semua lapangan terbang seluruh negara susulan laporan NSTP mendedahka­n laluan itu mudah untuk menyeludup wang atau senjata, Zulkifli berkata, beliau tidak maklum mengenai isu berkenaan.

“Bagaimanap­un, kita akan mengadakan perbincang­an bersama Jabatan Imigresen untuk mencari jalan penyelesai­an,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya memeriksa ketat semua individu memasuki negara ini, termasuk yang menggunaka­n pesawat atau jet peribadi.

Bagaimanap­un, jabatan itu hanya bertanggun­gjawab terhadap pemeriksaa­n penumpang, pasport dan dokumen perjalanan, namun tidak membabitka­n barangan dibawa masuk kerana ada rangkaian penguat kuasa lain membuat pemeriksaa­n terhadap pesawat, barangan dan sebagainya termasuk JKDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia