Berita Harian

Pengeluara­n berleluasa jika pegawai tak amanah

-

Kuching: Isu pengeluara­n lesen terbang akan terus berleluasa di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) selagi ada pegawai agensi berkenaan mengkhiana­ti amanah dan tanggungja­wab yang diberikan.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata pengeluara­n lesen terbang adalah kesalahan amat serius dan disifatkan sebagai pengkhiana­tan kepada kerajaan dan rakyat.

“Dalam isu pengeluara­n lesen terbang, sistem JPJ masih memerlukan pegawai memproses maklumat dalam agensi berkenaan. Jadi, memang ada peluang kepada orang yang diberikan amanah itu melakukan kesalahan.

“Sebab itu budaya integriti mesti kita pertingkat­kan... tidak ada satupun kerajaan di dunia mampu menutup semua ‘lompang’ dalam sistem kerajaan kecuali sistem berkenaan tidak memerlukan pembabitan manusia.

Perlu integriti tinggi

“Jika sistem masih memerlukan campur tangan manusia, kita memerlukan integriti tinggi daripada pegawai kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan surat tawaran kelulusan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak, di Pusat Informasi Islam, Jalan Ong Tiang Swee, di sini, semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 679 daripada 755 permohonan lesen bagi kegunaan perdaganga­n di Sarawak diluluskan, selepas tertangguh empat bulan berikutan proses peralihan kuasa di peringkat Persekutua­n.

Kelmarin, Loke mendedahka­n 14,000 pemegang lesen terbang dikeluarka­n di seluruh negara dan pemegang lesen itu diberi tempoh sehingga 13 Oktober depan untuk memulangka­n semula lesen masing-masing.

Susulan pendedahan itu, seramai 12 pegawai dan anggota JPJ ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Loke berkata tiada kompromi membabitka­n kewibawaan JPJ kerana imej jabatan perlu sentiasa dihormati rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia